Malaysia Dateline

Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi 1

Pas Kedah tolak kerjasama Umno – PH pada PRU14

Pesuruhjaya Pas Kedah Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi menafikan dakwaan kononnya parti itu akan bekerjasama dengan blok pembangkang lain atau pun Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Bahkan Pas Kedah konsisten dengan pendirian untuk bertanding 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 15 kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

“Sehingga ke saat ini, Pas Kedah bersedia untuk bertanding semua kerusi Dun dan Parlimen namun ia terpulang kepada kata putus Pas Pusat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan dakwaan kononya Pas Kedah akan bekerjasama dengan mana-mana parti gabungan dalam  Pakatan Harapan (PH) mahupun Umno sebagai satu jenaka.

“Ia sebagai usaha untuk mengelirukan ahli-ahli Pas serta menghakis kepercayaan ahli kepada kepimpinan parti,” katanya.

{loadposition myposition}

Ahmad Fakhrudin berkata keputusan parti itu untuk tidak mempunyai hubungan politik dengan mana-mana parti dalam BN mahupun PH adalah selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas.

Katanya sebagai contoh tidak mungkin Pas akan bekerjasama dengan PH yang ini sedang dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Bulan lalu Pas Kedah mengumumkan untuk bertanding semua kerusi Dun dan Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama PAS.

Pada PRU13, Pas Kedah bertanding 24 kerusi Dun sementara DAP bertanding dua kerusi Dun dan PKR 10. Pas menang sembilan kerusi dalam PRU13, bagaimanapun parti itu hilang satu kerusi setelah wakil rakyat Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyertai Amanah.