Malaysia Dateline

Pas Kelantan sudah mulai cemas

Pas Kelantan telah menetapkan 22 Januari tahun depan untuk bertemu dengan Umno bagi menentukan hala tuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Demikian menurut Pengerusi Badan Perhubungan Pas Kelantan Ahmad Yakob, dipetik. Bagaimana pun belum ada jawaban daripada Umno.

Sebelum ini ini Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob dilaporkan telah mengutus surat kepada Pas Kelantan untuk berjumpa.

Hubungan dan kerjasama antara Pas dengan Umno Kelantan menerusi Muafakat Nasional (MN) terganggu apabila pembentukan Perikatan Nasional (PN) antara Bersatu, Pas, Gerakan dan Star daripada Sabah, yang tidak disertai sama Umno.

Sejak wujud PN, MN sudah semacam relai. Piagam persepakatan yang ditanda tangani di PWTC sudah lusuh.

Hubungan Pas dengan Umno nampak kian jauh dan kritikal. Ini terbukti semasa dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Melaka Pas bersama Bersatu tidak dengan Umno. Ketergamakan Pas meninggalkan Umno di Melaka itu satu perbuatan keji Pas kepada Umno.

Apabila Ahmad Yaakob menetapkan tarikh untuk berjumpa Umno 22 Januari tahun depan sedangkan Umno belum memberi jawaban, semacam ada ketakutan bagi Pas untuk menghadapi PRU-15.

Sementelah pula, Umno Kelantan berasa yakin kali ini mereka akan dapat “memberkas” Pas dalam pilihan raya akan datang. Ura-ura Umno akan bekerjasama dengan PH, tentu tambah menjadikan Pas Kelantan panas pedih. Sudah ada beberapa siri pertemuan tidak rasmi antara pemimpin pembangkang (PH) dengan Umno.

Di Kelantan, Pas pula nampak lebih mesra dengan Bersatu. Walaupun pemimpin de’ facto Bersatu Kelantan Mustapa Mohamed pemimpin yang tidak berprinsip dan mencari makan dengan jawatan, tetapi Pas lebih suka atau senang dengan Mustapa.

Mungkin Pas tahu Mustapa boleh dijinakkan asalkan dia diberikan laluan di Jeli. Mustapa dalam politik tidak ubah seperti beruk yang boleh pisang sahaja. Senang dijinakkan.

Sementara Mustapa pula kini sudah dapat merasakan nasib dalam PRU-15 akan datang kalau beliau bertanding atas tiket Bersatu. Tanpa bantuan Pas, dia akan ‘KO’ di Jeli. Melainkan untuk tidak disapu aib baik Mustapa pencen sahaja daripada politik.

Apakah Umno sedia untuk berjumpa Pas dan sedia membahagi kasih kepada Pas dengan Bersatu dalam pilihan raya kelak?