Pas mabuk ke, tanya Khalid Samad kepada Nik Abduh

Pas mabuk ke, tanya Khalid Samad kepada Nik Abduh

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dakwaan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz kononnya DAP ‘memberi arak’ kepada sesetengah bekas ahli Pas sehingga tertubuhnya Amanah menjadi bukti terkini parti atas nama Islam itu tidak lagi mengenali rakan dan musuhnya yang sebenar.

Ahli Jawatankuasa Kerja Amanah, Khalid Samad menyifatkan sikap politik Pas tidak selaras dengan apa yang dikata.

“Tak kenal kawan, lawan. Kutuk DAP, perlekeh PKR. Tiba-tiba puji MCA, Gerakan. Yang kawan dikutuk, yang lawan dipuji.

“Cakap nak satu lawan satu tapi tubuhkan Blok Ketiga. Eh, mabuk ke? Apa yang dikata, apa yang dibuat tak selari,” bidasnya pada sidang media di pejabat beliau di Shah Alam hari ini.

Mengulas gesaan Nik Abduh supaya Pas menandingi kerusi yang ‘dipinjamkan’ kepada DAP dan PKR ketika masih dalam Pakatan Rakyat, beliau berkata, Pas tidak lagi dapat membezakan mana satu milik parti itu.

“Benda yang bukan dia punya tapi dia mengaku dia punya sehingga perangai dan kata-kata tak menentu. Biarkan rakyat menilai,” ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Kelmarin, Nik Abduh ketika menyampaikan ucaptama  Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) ke-57 di Kota Bharu turut mendakwa pengalaman kononnya Pas  diperguna oleh parti komponen gabungan pembangkang perlu dijadikan pengajaran.

TAGS