Malaysia Dateline

Jofri Jaraiee

Pas mahu ancaman penyakit anjing gila di Sarawak ditangani segera

Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee mengesa kerajaan negeri segera menghapuskan anjing-anjing liar yang berkeliaran disyaki mempunyai virus rabies di negeri itu.

Dengan kematian dua beradik dalam kes pertama yang berlaku di Serian semalam, ujarnya, kerajaan perlu mensegerakan menangkap dan menghapskan anjing-anjing liar di negeri itu.

“Kami mengesyorkan bahawa kerajaan segera menangkap anjing-anjing liar yang berkeliaran terutamanya di kawasan yang disyaki mempunyai virus rabies dan mengelakkan kanak-kanak atau sesiapa saja daripada mendekati atau melalui kawasan yang terdapat banyak anjing liar.

“Mereka yang memelihara anjing juga perlu diperiksa untuk mengelak daripada terkena gigitan atau serangan virus rabies. Anjing peliharaan juga perlu diperiksa untuk menjaga keselamatan penduduk sekitar. Jangan biarkan anjing mereka merayau-rayau keluar tanpa jagaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Penyakit anjing gila atau Rabies adalah penyakit virus yang menyebabkan keradangan otak pada manusia dan mamalia lain. Tanda awal mungkin termasuk demam dan kesemutan di bahagian yang terdedah.

Virus rabies didapati dalam tisu saraf mamalia yang dijangkiti. Kerana virus ini berfungsi perjalanan ke otak, ia mula dirembeskan dalam air liur haiwan. Manusia dan mamalia mendapat rabies apabila air liur berjangkit dimasukkan ke dalam badan, biasanya melalui gigitan dari haiwan yang dijangkiti.

Kes pertama yang melibatkan kematian dua daripada tiga adik beradik Monica dan Jackson Mazlan berusia enam tahun dan empat tahun yang dijangkiti virus rabies atau penyakit anjing gila di Serian semalam. Mereka telah disahkan mati otak dan ibu bapa mangsa bersetuju untuk menghentikan penggunaan mesin bantuan hayat.

Menurut Jofri lagi, beliau turut melahirkan rasa simpati dan takziah keada keluarga mangsa virus rabies.

“Kita amat simpati akan nasib yang menimpa keluarga mangsa yang kehilangan anak kesayangan mereka. PAS menggesa kerajaan segera menangani virus rabies ini daripada merebak dengan mengambil tindakan menghapuskan anjing-anjing yang disyaki dijangkiti virus rabies dengan segera kerana ianya mengancam nyawa dan keselamatan penduduk yang terbabit.” ujarnya.