Pas minta hormati intitusi Raja-raja, jangan langgar sempadan

Tuan Ibrahim menegur politik benci.

Pas menasihatkan semua parti dan watak politik untuk menghormati institusi Raja-raja Melayu dan tidak melanggar sempadan ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apa sahaja pertikaian politik yang dihadapi, janganlah sampai melanggar sempadan ini.

“Berhati-hatilah dan janganlah keghairahan tindakan kita dalam apa saja bentuk itu menyebabkan institusi raja-raja ini tercalar.

“Apabila ia tercalar, maka hilanglah tempat untuk rakyat berlindung terutamanya apabila watak-watak dan parti-parti politik menjadi terlalu angkuh sehingga tidak boleh ditegur,” katanya.

Katanya, dalam keghairahan semua pihak untuk mempertahankan ruangan masing-masing jangan sesekali kita mengguris keutuhan dan kedaulatan institusi raja-raja yang telah sekian lama menjadi naungan kepada semua rakyat Malaysia.

“Institusi raja-raja adalah payung negara yang menjadi naungan rakyat, melangkaui semua agama, bangsa, bahasa, fahaman politik dan sebagainya.

“Ianyalah satu-satunya institusi yang bebas daripada apa-apa juga sentimen dan pengaruh tertentu,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)