Pas muktamad tidak letak calon pada PRK Sandakan

Pas muktamad tidak letak calon pada PRK Sandakan

 

Pas memuktamadkan parti itu tidak meletakan calonnya pada Piihan Raya Kecil (PRK) Parimen Sandakan pada 11 Mei depan.

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada isnin lepas.

Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata, dengan keputusan itu Pas akan memberikan sokongan kepada Wakil Pembangkang yang akan meletakkan calon bagi menentang Calon Pakatan Harapan.

Datuk Takiyuddin Hassan

Pas mengharapkan Pilihan Raya Kecil ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan Wakil Pembangkang, lebih-lebih lagi kerusi Parlimen tersebut pernah dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu.

“Kemenangan calon Pembangkang nanti sudah pasti akan menjadikan proses semak dan imbang (check and balance) dalam Parlimen Malaysia lebih efektif demi untuk kebaikan negara dan rakyat jelata,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Selaras dengan itu keputusan itu ujarnya lagi, Pas Sandakan dan Pas Sabah akan menggerakkan jentera pilihan raya mereka bagi membantu calon Pembangkang dalam menghadapi PRK ini.

Pas juga menyeru dan mengarahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya di kawasan itu supaya turun membuang undi sebagaimana pendirian Parti bagi memberi sokongan kepada Calon yang mewakili pihak Pembangkang.

PRK Sandakan diadakan susulan kematian penyandang Datuk Stephen Wong yang meninggal dunia pada 28 Mac lalu kerana serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 27 April ini dan mengundi awal pada 7 Mei depan sekali gus menyaksikan enam (6) hari tempoh berkempen dan hari pengundian berlangsung dalam bulan puasa pada 11 Mei depan.

BN setakat hari ini belum lagi memuktamadkan calon yang akan bertanding di kerusi Sandakan.