Pas mungkin tiada masalah saman akhbar

Pas mungkin tiada masalah saman akhbar

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Hanipa Maidin menganggap Pas mungkin tiada masalah untuk mengenakan tindakan mahkamah ke atas Straits Times Singapura ekoran penyiaran artikel kontroversi kelmarin.

Menurutnya, Pas boleh menyaman akhbar itu jika laporan yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘berhubung hampir setiap hari untuk tempoh beberapa bulan’ dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib itu tidak benar.

“Jangan takut saya percaya parti suci (Pas) melalui presidennya sudah tentu akan saman fitnah akhbar tersebut di Singapura. Jika boleh saman Sarawak Report di England, sudah tentu saman The Straits Times di Singapura mudah saja,” ujarnya.

{loadposition myposition}

Pengerusi Biro Undang-Undang (Kanun) AMANAH itu berkata, terdapat dua individu boleh menjadi plaintif iaitu Hadi dan Najib dengan jangkaan tidak timbul kesulitan untuk mencari peguam.

“Nak bayar duit lawyer pun mungkin tak ada masalah. Mungkin boleh telefon 1MDB (1Malaysia Development Berhad) minta ‘sponsor legal fees’ (tajaan yuran guaman). Kalau itu berlaku baru betul-betul lejen!” katanya sinis.

Kelmarin, Straits Times melaporkan Najib dan Hadi sedang mengusahakan pakatan pilihan raya untuk merampas Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

“Jika benar sudah tentulah amat tak patut. Adakah logik pemimpin parti kawan (PKR) yang begitu baik dengan kamu (Pas) dan amat sabar dengan karenah kamu, tiba-tiba kamu boleh nak berpakat dengan musuh (Umno) kawan kamu untuk rampas semula Selangor,” ujar Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang.

CATEGORIES
TAGS