Pas nafi dakwaan ‘gila kuasa’ untuk bentuk pilihan raya negeri di Kedah

Pas nafi dakwaan ‘gila kuasa’ untuk bentuk pilihan  raya negeri di Kedah

Pas menafikan dakwaan AMANAH bahawa parti itu ‘gila kuasa’ dengan mendesak supaya diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ataupun dibentuk kerajaan perpaduan di negeri Jelapang Padi itu, kata Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.

“Adalah tidak adil meletakkan tekanan kepada Pas dalam isu pemilihan Speaker Dun kerana Pas telah mengemukakan jalan keluar dengan menawarkan penubuhan kerajaan perpaduan dimana konsep kerajaan sebegini bukanlah sesuatu yang baru dalam amalan demokrasi, bahkan kaedah ini telahpun diamalkan di beberapa buah negara Eropah.

“Tuduhan melulu kononnya Pas gila kuasa mendesak agar berlakunya Pilihanraya Negeri(PRN) tidak berasas sama sekali kerana samada berlaku PRN atau sebaliknya bergantung kepada nasihat dan budi bicara Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada Tunku Sultan Kedah,” kata Ahmad dalam suatu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, semakam, kerana mengeluarkan kenyataan bersifat spekulasi dan keanak-anakan.

“Kenyataan Pengerusi AMANAH Kedah, dilihat lebih bersifat spekulasi dan keanak-anakan serta memperlihatkan beliau sebenarnya tidak memahami akan isu perlantikan Speaker Dun Kedah.

“Pas Kedah melihat kenyataan itu lebih kepada berbaur emosi malah jauh sekali bersifat matang dan terbuka,” katanya

6.0
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 5.0