Pas nafi terima RM90 juta dari PM yang disiar Sarawak Report

Pas nafi terima RM90 juta dari PM yang disiar Sarawak Report

Hari ini, timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tidak pasti katanya, apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak mengaitkan Pas dengan Umno.

“Apapun, Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Pas,” katanya.

Pas katanya tetap bertegas bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.

“Tindakan menfitnah Pas ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

“Selaras dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya”, saya menggesa agar orang ramai agar menjauhi fitnah dan elak menyebarkan sebarang berita yang berbentuk fitnah, terutamanya laporan Sarawak Report terbaru ini,” katanya.

Cerita Pas dapat RM90 juta daripada Najib bagaimanapun menggemparkan dunia siber.

Terdapat netizen hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Laman sosial Facebook dibanjiri komentar netizen berkaitan pendedahan Sarawak Report tentang penerimaan sejumlah RM90 juta oleh pemimpin tertinggi Pas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno.

Pengguna Facebook, Gino Marvela berpendapat perjuangan Pas lebih 60 tahun selama ini punah dan hanya mampu menghadiahkan Al-Fatihah kepada mantan Mursyidul Am parti itu, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Februari tahun lalu.

“RM 90 juta? Sayangnya legasi usaha berpuluh tahun hilang sekelip mata di sebalik kain putih. Harap pihak berkenaan menjawab pertuduhan tersebut.

“Al-Fatihah kepada arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat – seorang tokoh politik dan agama yang paling dihormati serta disegani,” ujarnya. lagi

Disumbat dedak

Sementara itu, bagi Ibrahim Mat Isa, pendedahan Sarawak Report berkaitan skandal 1MDB sebelum ini akhirnya terbukti dengan penemuan forensik walaupun sebahagian pihak kurang mempercayainya pada peringkat awal.

“Kini, laporan terbaru lagi sadis! Pembesar-pembesar Pas telah disumbat dedak RM90 juta oleh Najib. Entah betul, entah tidak. Wallahu’alam. Kalaulah betul, memang patut pun sebab mereka ‘back up’ Najib tanpa toleh kiri kanan,” tegasnya lagi.

Antara petikan ‘Sarawak Report’ itu adalah seperti berikut:

“Najib has worked to exploit the leaderless situation confronting the opposition ever since and BN/UMNO smugly talk of divisions faced by the party they deliberately decapitated. He has gone on to “woo” the PAS Islamic party away from the opposition coalition in the normal way he woos – RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS in recent months (BN veterans would tell them they came cheap).

“To sugar matters further for PAS, Najib has gone on a crusade to show himself ‘more holy than thou’ on every PAS religious agenda, stirring up extremism in Malaysia and undermining civil law and institutions, without turning a single hair over the destabilising, divisive and dangerous consequences to his country and his own party.”