PAS perlu hala tuju baru hadapi realiti politik semasa

PAS perlu hala tuju baru hadapi realiti politik semasa

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Dewan Ulama PAS Ustaz Rizuan Rahmat PAS perlu mengadakan pendekatan baru bagi berhadapan dengan realiti semasa yang semakin berubah yang diharap akan memberi sinar baru kepada perjuangan Islam di Malaysia.

Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ustaz Rizuan Rahmat berkata, untuk memahami pendekatan politik baru ini, beliau memberikan lima realiti yang telah wujud dalam politik negara ini.

“Apa perubahan dalam politik baru PAS yang ingin dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang untuk memahami pendekatan baru ini, kita perlu meneliti lima realiiti yang wujud dalam politik Malaysia.

“Realiti 1- DAP telah menunjukkan sikap menentang Islam yang kuat yang terdiri dari kelompok Kristian dan juga kelompok LIberal. Mereka tidak suka kepada Islam sebagai cara hidup dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam.

“Realiti 2 – Geng Liberal seperti Bar council, SIS dan G25 pun ramai juga. Mereka juga terdiri dari golongan kelas menengah yang hidup dengan gaya bebas. Mereka tidak suka kepada Islam sebagai cara hidup dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam.

“Realiti 3 – Barat tidak mahukan Islam bangkit sebagai sebuah kuasa yg dapat memerintah di dunia ini amnya, dan malaysia khasnya. Mereka tidak suka kepada Islam dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam. Mereka berperanan dari luar untuk memastikan kegagalan PAS dan mana2 usaha gerakan Islam.

“Realiti 4- UMNO yang semakin lemah dan korup. PAS tidak boleh bergabung dengan UMNO kerana akan terpalit dengan kezaliman mereka. Ramai masyarakat Melayu yang hilang keyakinan terhadap UMNO dan mereka sedang meneliti adakah PAS mampu untuk menggantikan UMNO?

“Realiti 5 – Orang melayu ialah orang yang paling susah untuk berubah. Namun PAS perlukan juga undi mereka kerana tumpuan PAS ialah kepada orang Melayu,” ujarnya sebagaimana dipetik dari laman rasmi organisasi itu.

Justeru katanya sekiranya orang bukan Islam yang memerintah Malaysia, kedudukan Islam dan orang Melayu akan semakin lemah dan terancam.

“Dalam keadaan ini pun, mereka menentang hudud, ingin menghapuskan JAKIM, menentang undang2 khalwat, menghina pakaian menutup aurat dan lain-lain lagi. Kalau mereka menang, tak tau lah macam mana nanti.

“Apa yang pasti, PAS kena tinggalkan DAP biarpun mereka boleh membawa undi cina kepada PAS tetapi ia tidak menguntungkan PAS kerana PAS bertanding di kawasan banyak Melayu.

“Yang akan untung ialah DAP dan juga PKR ramai juga terdiri dari orang bukan Islam. Sekiranya mereka menang besar, ia tidak akan menguntungkan Islam dan PAS.

“Oleh kerana tumpuan PAS di tempat melayu, maka PAS perlu mensasarkan undi melayu, bukan undi cina atau india. PAS perlu menjaga kepentingan Islam dan juga kepentingan Melayu bagi menarik sokongan Melayu.

“Gabung dengan UMNO, oh tidak juga, Tuan Guru Haji Hadi telah tegaskan bahawa perpaduan ke ape ke, mesti ikut syariat Islam, bukan perpaduan saja. Kalau perpaduan saja, ini tidak menguntungkan Islam dan juga PAS,” ujarnya.

Hujah Ustaz Riduan lagi, bagi meyakinkan rakyat kepada PAS, politik PAS tidak cukup dengan hanya ceramah kutuk dan menghentam UMNO kerana orang tidak nampak rentak PAS sebagai parti yang memerintah dan tidak nampak jasa PAS kepada rakyat.

“Lebih 50 tahun PAS menguna kaedah hentam, nampaknya rakyat masih mengekalkan UMNO sebagai pemerintah di peringkat nasional. Apatah lagi dalam masyarakat yang semakin celik ini, mereka ingin lihat kemampuan PAS memberikan tawaran yang realistik dan rasional berlandaskan agama.

“Dalam berhadapan dengan UMNO yang semakin lemah dan semua realiti di atas, PAS sedang mengubah pendekatan ini utk rakyat melihat PAS bukan hanya bercakap soal keburukan UMNO tetapi bercakap soal negara yang ingin ditadbir. Sebagai contoh, telitilah ucapan TGHH dalam Multaqa Alumni Azhar.

“Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa perjuangan Islam akan diberikan kemenangan oleh Allah apabila ramai yang menyangka bahawa Islam takkan menang.

“Dewan Ulama PAS Selangor mengajak ahli PAS di semua peringkat agar bekerja dengan lebih gigih menguasasi semua institusi masyarakat menggantikan UMNO yang semakin lemah.

“UMNO telah gagal membawa keadilan dan kesejahteraan kepada masyarakat, ahli PAS perlu membuktikan kewibawaan mereka dalam memimpin masyarakat,”jelasnya.

TAGS