Pas perlu terima pinangan Umno

 

Pinangan Presiden Umno daalam ucapan dasr Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 untuk bekerjsasama dengan PAS sehrusnya disambut baik dan diterima oleh PAS. Sejarah PAS yang pernah menyertai Barisan NAsional (BN) paa tahun 1974 menyaksikan PAS menjadi parti politik yang kuat ketika itu.

UMNO yang kehilangan tongkatnya sekarang di mana MCA dan MIC yang sudah ditolak oleh rakyat perlu dipimpin tangannya oleh PAS sebagai tongkat baru. Tidak cukup untuk PAS yang selama ini hanya memberkan oksigen kepada UMNO untuk bernafas semula.

Umno memerlukan tongkat baru untuk berjalan semuala dan PAS adalah satu-satunya parti politik yang disebut oleh Presiden Umno untuk membantu mereka.

Umno sudah terdesak sekarang. Kebobrokkan dalam pentadbiran negara memerlukan nasihat PAS.

PAS dan Umno kini dilihat berpegang kepada ideologi perjuangan yang sama. Pas kini sudah tiada halangan dalaman lagi untuk menerima pinangan Umno.Golongan yang menentang idea kerjasama dengan Umno ini telahpun keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Tiada lagi istilah pengkhianat terhadap Amanah kerana PAS boleh membuat keputusan segera menerima pinangan Umno tanpa halangan.

Pentadbiran negara sekarang yang diterajui Umno telah disokong PAS. Perhimpunan aman Berih 4 bagi menuntut pemulihan pentadbiran negara ditolak dan diperlekeh PAS.

PAS juga menolak untuk mengundi di Parlimen bagi menolak Bajet 2016. Begitu juga keengganan untuk mengangkat placard ‘Mana RM2.6bilion’ di Parlimen.

Propaganda PAS bahawa Pakatan Harapan kononnya dipimpin oleh DAP juga disambut Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya, walaupun ia tidak benar.

Kedua-dua parti Melayu iini yang memainkan isu sentimen perkauman umpama pinang dibelah dua sudah sepadan untuk bersama dalam satu bahtera baru politik tanahair.

Sesungguhnya Amanah yang membawa perjuangan Islam yang bersifat rahmah akan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjuang menentang kezaliman dan kebobrokan pentadbiran Umno dan BN.

Islam mampu memerintah dan memimpin umat terutama rakyat negara ini. Islam yang berpaksikan kepada keadilan,kebebasan, kesamaan,kebajikan, kebajikan rakyat, keadilan sosiol ekonomi semua kau dan urus tadbir yang baik dan bersih (good governance) akan menjadi dasar utama perjunagan Amanah.

Amanah akan terus berjiwa besar untuk memimpin agenda perubahan yang ditagih rakyat kini yang dihimpit dengan tekanan ekonomi dan keperitan hidup.

Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tetap mahu meneruskan kerjasama politik dengan PKR tetapi pada masa yang sama mahu bekerjasama dengan Umno adalah satu poligami yang ditolak rakyat.

Pas tidak mampu berjuang sendirian justeru kerjsama dengan Umno adalah pilihan terbaik.

Sesungguhnya bukan Umno atau PAS yang aakan menentukan nasib dan halatuju negara, tetapi rakyat. Rakyat yang akan memilih gabungan parti politik manakah yang mampu mentadbir Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-14 kelak.

Percayalah rakyat sudah bijak untuk menentukan nasib dan masa depan sendiri. Rakyat tida akan mudah tertipu lagi dengan ucapan berdegar-degar pimpinan Umno termasuk Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin yang kononnya mahu membela rakyat, sedangkan keputusan kenaikan harga barang dan kos perkhidmatan pengangkutan awam dan tol dibuat bersama di meja bulat kabinet.

Rakyat terutamanya kaum Melayu perlu dibela. Pakatan Harapan harus terus memandang ke hadapan untuk menyusun strategi yang lebih ampuh dan merangka dasar dan polisi terbaik yang mampu membawa agenda perubahan rakyat ini.

TAGS