Malaysia Dateline

Takiyuddin Hassan

Pas pernah saran Dr Mahathir lawat kampung Memali, kata Takiyuddin

Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan yang mendedahkan perkara itu,  berkata  hasrat itu  disuarakan kepada Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk disampaikan kepada bapanya yang juga pengerusi Bersatu, tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir.

“Tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir sehinggalah ia dibangkitkan kembali oleh individu dalam program ‘Nothing To Hide 2.0’ di Shah Alam, Selangor baru-baru ini,” katanya kepada media hari ini.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata kekecohan pada program itu mungkin boleh dielakkan selain menyelesaikan banyak perkara lain jika Dr Mahathir mengadakan lawatan ke kampung Memali.

“Meskipun ia kes lama tetapi selagi ia tidak diselesaikan, walau berapa lama sekalipun, selagi itulah ia akan diperkatakan,” katanya.

Beliau berkata Pas sejak dahulu mencadangkan supaya kerajaan Persekutuan mewujudkan inkues berkaitan tragedi terbabit.

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

{loadposition myposition}