Malaysia Dateline

Pas puji tindakan tegas KDN haramkan komik propaganda

Pas rakan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri kerana mengambil tindakan mengharamkan 3 versi penerbitan komik bertajuk:’Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ semalam.

Ketua Penerangan Kamaruzaman Mohamad berkata, tindakan KDN itu susulan beberapa laporan polis yang telah dibuat oleh pimpinan parti itu dan aktivis Pas, selain desakan daripada rakyat Malaysia yang prihatin supaya tindakan diambil untuk menyekat pengaruh yang boleh merosakkan keharmonian negara.

“Pas turut mendesak dalang yang terlibat dalam penerbitan dan pengedaran komik propaganda ini disiasat dan dibawa ke muka pengadilan sewajarnya.

Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia!

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Muafakat Nasional, Membina Malaysia Sejahtera”,” ujar kenyataan itu malam tadi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) , mewartakan Perintah Larangan terhadap 3 penerbitan bertajuk ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ serta versi bahasa Inggeris ‘Belt & Road Initiative For Win-Winism’ dan versi bahasa Cina melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 288/2019.

Perkembangan sama pihak polis juga telah membanggil 5 individu untuk memberikan keterangan termasuk bekas ahli DAP Dr Hew Kuan Yau dan pelukis komik berkenaan yang dikenali sebagai Tomato serta dua individu daripada syarikat percetakan komik itu di Shah Alam.