Pas sangkal punca perpecahan

Pas sangkal punca perpecahan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata Pas bukan punca perpecahan dan mengharapkan masyarakat Sarawak tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan seperti itu.

“Kita harap masyarakat Sarawak faham tujuan kedatangan kita bukan untuk memecahbelahkan mereka, tapi bawa misi baik, secara damai,” katanya dalam satu kenyataan ysng dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Beliau berharap kehadiran parti berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diterima baik dan tidak disalah ertikan oleh rakyat di negeri itu.

Ahmad berkata, kedatangan Pas ke Sarawak lebih kepada mengembangkan dakwah dan bukan untuk memecahbelahkan rakyat di negeri itu.

“Dengan adanya usaha yang dibuat parti, kita dapat sebarkan lagi matlamat perjuangan melalui dakwah, walaupun ia memakan masa panjang.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, parti itu akan terus menggunakan pendekatan dakwah kerana politik mempunyai kaitan langsung antara pembentukan kuasa dan kerajaan.

Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, beliau harap pengundi di Beting Maro dan 10 lagi Dun yang ditandingi Pas membuat pilihan terbaik pada PRN berkenaan nanti.

“Kita akan berjaya, Insya-Allah, kita berdoa agar calon sulung Pas akan lahir di Sarawak selepas 7 Mei nanti berikutan penerimaan positif rakyat setempat ketika kempen pilihan raya dijalankan,” katanya.

Mengenai kesihatannya, Ahmad yang masih bercuti selepas menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia 14 April lalu berkata, beliau kini bertambah pulih.

TAGS