Pas saran  KBS kerjasama dengan pembekal pakaian sukan muslim “Hummels”

Pas saran KBS kerjasama dengan pembekal pakaian sukan muslim “Hummels”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Khairil Nizam KhiruddinJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Belia dan Sukan disaran mencontohi Afghanistan yang mengayakan pemakaian sukan menutup aurat di kalangan athlet muslim di negara itu.

Cadangan itu dikemukakan Naib Ketua  Dewan Pemuda Pas Pusat Khairil Nizam Khiruddin yang berpendapat perkembangan terbaru pakaian sukan bagi skuad bola sepak Afghanistan oleh syarikat jenama sukan ‘Hummels’ merupakan satu perkara yang positif dalam inovasi kepada pematuhan hukum dalam pemakaian ketika bersukan bagi kaum wanita Islam.

“Menerusi pakaian sukan keluaran syarikat “Hummels” yang berpangkalan di Denmark ini yang juga pembekal rasmi jersi kebangsaan Denmark dan Lithuania, keperluan untuk atlet wanita muslimah yang terlibat dalam acara sukan seperti bola sepak, hoki dan badminton untuk menutup aurat dengan baik dapat dilaksanakan.

“Bagi pihak DPPM, saya menyeru pihak Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, persatuan-persatuan sukan serta juga penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya dapat menjemput syarikat “Hummels” untuk memberikan taklimat berkenaan pakaian sukan ciptaan mereka tersebut,: ujarnya sebagaimana dipetik dari portal rasmi parti itu.

Dalam hal ini pihak DPPM juga bersedia untuk terlibat dalam jawatankuasa untuk merangka dan melaksanakan garis panduan pemakaian atlit wanita Muslim dalam acara-acara sukan di negara ini.

Khairil Nizam yang juga Pengarah Jabatan Kesenian,Kebudayaan dan Sukan DPPM menjelaskan menerusi perkembangan terbaru ini juga diharapkan dapat memberikan pembelaan kepada atlit-atlit wanita negara ini terutama apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea pada 2017 nanti.

TAGS