Pas saran pendekatan Targhib dan Tarhib dilaksana tangani isu LGBT

Pas saran pendekatan Targhib dan Tarhib dilaksana tangani isu LGBT

Pas menyarankan agar pendekatan Tarqhib dan Tarhib dilaksanakan bagi menangani isu Lesbian, Gay, Biseseksual, Transeksual (LGBT) di negara ini, kata Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan

Beliau berkata, bagi mendepani penularan kes LGBT, dua konsep pendekatan yang perlu diambil perhatian sewajarnya iaitu pendekatan: *targhib* (memberi galakan ke arah kebaikan) dan tarhib (menimbulkan kegerunan terhadap dosa),

“Isu LGBT perlu ditangani dengan adil. Kombinasi unsur targhib dan tarhib mesti diseimbangkan. Tidak cukup dengan pendekatan targhib, tapi pendekatan tarhib yang lebih tegas juga mesti dikuatkuasakan. Agar gejala hidup songsang ini dapat dicegah daripada terus kronik.

Pendekatan ‘targhib’ seperti yang diwar-warkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa  dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu Mohd Nor Hamzan iaitu dengan membantu mereka daripada aspek kaunseling, pendidikan dan menawarkan pekerjaan yang sesuai supaya mereka tidak lagi terjebak dalam dosa.

“Pendekatan ‘tarhib’ pula adalah penguatkuasaan undang-undang yang bertujuan untuk menimbulkan ‘kesedaran’ dan juga ‘mencegah’ daripada terus berleluasa.

“Kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan mengikut *Enakmen Jenayah Syariah seperti perbuatan sumbang mahram, pelacuran, penzinaan, liwat, transgender dan perbuatan tidak sopan di tempat awam boleh diteliti kadar hukumannya supaya ia selaras dengan tuntutan maqasid Syari’ah.

“Tujuan utamanya bukan untuk menghukum semata-mata tapi ia juga adalah untuk mencegah. Paling penting penguatkuasaan undang-undang Syariah tersebut jika selari dengan garis panduan Syarak, ia akan mengundang pencegahan dari Allah (nakalan min Allah).

“Sekarang, kes-kes LGBT bukan sahaja dilakukan dalam ruang peribadi, tetapi sudah mula menular dalam ruang awam. Di sosial media, penganjuran aktiviti terbuka, kempen malah sudah sampai ke peringkat mencabar perundangan seperti kes _Muhammad Juzaili lawan Kerajaan Negeri Sembilan,” ujarya.

Beliau mengulas mengenai Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemperori 2018  anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kuala Terengganu pada Ahad.

“Pas turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana telah menganjurkan  seminar itu.

” Program  yang secara langsung menyentuh isu LGBT itu, dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan pendidik, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan di negeri itu.

“Pas mengharapkan agar seminar membentuk kefahaman seperti ini dapat diteruskan ke seluruh negara.” ujarnya.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS