Ekoran pertembungan Hadi dan Kristian, PAS Sarawak cadang dialog antara agama

Ekoran pertembungan Hadi dan Kristian, PAS Sarawak cadang dialog antara agama

PAS Sarawak mencadangkan agar masalah perselisihan pendapat antara agama dan bangsa dapat diselesaikan secara harmoni dan kekeluargaan, antaranya dialog antara agama adalah jalan terbaik untuk semua ekoran pertembungan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Kristian di Sabah dan Sarawak.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

PAS Sarawak mencadangkan agar masalah perselisihan pendapat antara agama dan bangsa dapat diselesaikan secara harmoni dan kekeluargaan, antaranya dialog antara agama adalah jalan terbaik untuk semua ekoran pertembungan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Kristian di Sabah dan Sarawak.

“Dengan adanya pertemuan atau bersemuka antara pihak yang berbalah boleh meredakan masalah ini dari berlarutan,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Jofri Jaraiee dalam satu kenyataannya.

Menurut beliau, isu agama dan bangsa adalah isu yang sensitif bagi sesetengah pihak dan sering dimainkan oleh pihak tertentu dalam media untuk tujuan tertentu.

“Pihak media tidak seharusnya menyebarkan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan rakyat berbilang kaum dan agama di negara kita dalam konflik dan pesimis antara satu sama lain,” katanya.

Sehubungan iti beliau mengesa semua pihak agar jangan terlalu percaya dengan berita yang keluar dari media yang ingin melihat perselisihan faham berlaku antara bangsa dan agama dalam negara ini.

  “Sebelum percaya dengan berita yang diterima dari punca yang belum jelas dan melibatkan isu-isu sensitif, umat Muslim khususnya perlu meneliti dulu berita-berita yang disampaikan oleh pihak tertentu agar ianya tidak merosakan hubungan antara kaum dan agama,” katanya.

Katanya, Islam mengajar umatnya agar berhati-hati dalam menerima sebarang berita yang tidak jelas asal-usulnya. “Kadang kadang isu kecil diperbesarkan dalam berita yang diedarkan untuk melariskan jualan atau untuk tujuan kepentingan pihak tertentu,” katanya.

Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui lidah rasmi PAS, Harakahdaily berkata: “Kristian sudah tidak laku di negara di mana tahap pendidikan tinggi seperti Jerman, Perancis, Britain dan negara Eropah lain. Mereka juga membawa ajaran itu ke kawasan pedalaman negara kita seperti Sabah dan Sarawak.”

Ekoran itu, media menyiarkan serangan bertubi-tubi dari pemimpin Kristian Sabah dan Sarawak terhadap Hadi.

“Dengan rasa hormat kepada beliau sebagai seorang pemimpin politik, Hadi (perlu) meletakkan semua kata-kata kutukan beliau dalam bakul dan membuangnya ke dalam sungai kami di Sarawak.

“Beliau sengaja menimbulkan masalah,” kata Datuk Bolly Lapok, ketua biskop Gereja Anglican di Asia Tenggara  berhubung kenyataan Hadi baru-baru ini yang mubaligh Kristian menyebarkan ajaran mereka di Afrika, Sabah dan Sarawak selepas ditolak di Barat.

TAGS