Pas Sarawak yakin kerusi Dun pernah ditandingi disokong pengundi

Pas Sarawak yakin kerusi Dun pernah ditandingi disokong pengundi

Pas Sarawak menyakini semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pernah ditandingi sebelum ini akan mendapat sokongan pengundi walaupun mungkin kerusi Dun tandingan Pas ini akan bertembung dengan DAP ,PKR dan Amanah akan berlaku pertandingan satu lawan satu atau tiga penjuru.

Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri JaraieePas Sarawak menyakini semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pernah ditandingi sebelum ini akan mendapat sokongan pengundi walaupun mungkin kerusi Dun tandingan Pas ini akan bertembung dengan DAP ,PKR dan Amanah akan berlaku pertandingan satu lawan satu atau tiga penjuru.

Setakat hari ini Pas bersedia meletakkan calon di 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN)  Sarawak  kali ini iaitu sembilan daripada kerusi itu di kawasan lama Dun Sarawak, manakala baki dua lagi kerusi merupakan kawasan baharu Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak.

Pas sudah menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding dalam PRN  Sarawak kepada pertimbangan Majlis Syura Ulama parti itu untuk memilih calon yang layak dipertandingkan semalam.

Melihat kepada kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang dikatakan mendapat sokongan padu rakyat, dijangka mampu meningkatkan lagi sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRN kelak antara cabaran besar bagi Pas dan parti pembangkan lain.

Namun pandangan ini disanggah Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee.

“Kita boleh bertanding mana-mana kawasan yang kita fikir perlu.

“Insha’Allah, Pas boleh dapat kerusi Dun kali ini dengan usaha yang kita jalankan selama ni. Faktor Ketua Menteri hanya di kawasan tertentu sahaja yang menyokongnya bukan semua tempat, sebab ada juga pemimpin BN yang bermasalah sepanjang mereka menjadi wakil rakyat.

“Berilah peluang pada Pas dan pembangkang untuk raih kejayaan,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau juga menaruh harapan besar Pas akan meraih setidak-tidaknya satu kerusi Dun atau lebih pada PRN Sarawak.

Jofri yang juga Yang Dipertua (YDP ) Pas Kawasan Miri ini ketika ditanya  adakah calon yang pernah diletakkan di kerusi Dun dalam PRN ke10 lalu masih dikekalkan untuk hadapi PRN Sarawak kali ini, beliau enggan mengulas kerana akan menunggu keputusan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk mengesahkan senarai calon yang layak.

Namun beliau tidak menolak meletakkan calon anak tempatan yang terdiri di kalangan pemuda dan pemimpin senior negeri itu yang banyak berjasa kepada parti dan patut diberi peluang atau dikekalkan sebagai penyandang meneruskan khidmat mereka.

“InsyaAllah kebanyakan calon terdiri daripada pemuda dan juga yang senior, “ ujarnya tanpa mahu mengatakan sama ada nama beliau turut disenaraikan sebagai calon pada PRN Sarawak ke-11 yang dijangka pada April ini.

“ Yang ini (namanya sebagai calon bertanding) kena tunggu pengumuman dari Pas Pusat dan Majlis Syuara. Saya serah pada keputusan mereka yang akan diumumkan selepas pembubaran Dun,” ujar Jofri,50, yang berkeras tidak mahu mendedahkan namanya atau nama calon-calon yang disenaraikan dalam PRN kali ini.

Semalam Pengarah Pilihanraya Pas Datuk Mustafa Ali berkata Pas sudah memuktamadkan senarai nama-nama calon yang akan bertanding di 11 kerusi dalam PRN Sarawak dikalangan anak tempatan untuk diserahkan pertimbangaan kepada Majlis Syura Ulama.

Pada pilihan raya negeri ke10, BN Sarawak yang diwakili empat parti komponen utama ketika itu iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menang 55 kerusi Dun manakala pembangkang mendapat 16 kerusi Dun dari DAP (12) PKR (3) Bebas (1) namun Pas tidak memenangani sebarang kerusi dipertandingkan.

TAGS