Pas sebar khurafat, hanya dia saja parti Islam

Dulu Pas dakwa Umno sebar khurafat, sekarang Pas pula, dakwa Saari.

Pas didakwa menyebarkan ajaran khurafat apabila mendakwa hanya partinya sahaja parti Islam dan pihak lain tidak boleh menubuhkan parti Islam, dakwa AMANAH.

Pengerusi Biro Dakwah AMANAH, Saari Sungib berkata, sebelum ini Pas selalu berkata, Umno menyebarkan khurafat apabila berkata hanya partinya sahaja yang mampu memerintah negara.

“Sebelum ini, Pas selalu mendakwa Umno menyebarkan khurafat apabila mendakwa hanya Umno mampu memerintah negera.

“Sekarang Pas pula menyebarkan fahaman khurafat apabila mendakwa hanya satu sahaja parti Islam iaitu parti Pas, parti Islam lain tidak boleh ditubuhkan.

“Padahal di Indonesia ada tujuh parti Islam,” kata Saari dalam sidang medianya di Invoke kelmarin.

Saari mendakwa AMANAH adalah parti Islam berdasarkan perlembagaan, kepimpinan dan perjuangannya.

Oleh itu, katanya, tidak salah bagi beliau keluar dari Pas dan menyertai AMANAH yang juga sebuah parti Islam, “Asalkan kita saling bekerjsama bukan saling membunuh antara satu sama lain.”

Soal bekerjasama dengan parti bukan Islam tidak menjadi masalah dan ia hanya satu pendekatan sahaja.

“Ketika dalam Pas inilah yang saya perjuangkan kerana inilah keputusan Muktamar Pas 2008 iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat.

“Tetapi apabila sebahagian pemimpin Pas tidak mahu lagi memperkasakan Pakatan Rakyat, saya antara yang menentangnya termasuk menandatangani sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk menjadi MB Selangor,” katanya.

Saari yakin Islam sentiasa penyelesaian yang terbaik untuk dunia ini kerana ia adalah agama ciptaan Allah, pencipta dunia.

Sebab itu, katanya, beliau tidak takut untuk berhujjah dengan siapa sahaja bagi mempertahankan pelaksanaan Islam.

“Kita kena lawan orang dengan hujjah bukan kerana siapa dia. Sebab itu saya sentiasa yakin Islam akan menang kerana Islam ini sentiasa betul,” kata Saari.

Saari memberikan contoh, beliau sentiasa bersetuju dengan saranan agar diadakan pilihan raya peringkat kerajaan tempatan.

“Selepas PRU 11 2008, saya berhujjah kita perlu adakah pilihan raya PBT tetapi Hassan Ali tidak setuju.

“Mana ada kerajaan demokrasi di dunia, rakyatnya membenarkan cukai dikenakan ke atas mereka tanpa mereka ada hak untuk memilih pemimpin yang mahu menguruskan cukai itu.

“Sebab itu, bagi saya PBT perlu adakan pilihan raya memilih pimpinannya untuk menguruskan cukai yang dipaksakan ke atas rakyat,” katanya.

9.3
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS