Pas ‘sebatang karah’ tidak sesuai  dalam masyarakat majmuk, kata Dr Rosli

Pas ‘sebatang karah’ tidak sesuai dalam masyarakat majmuk, kata Dr Rosli

Hanya melalui gabungan parti politik, bermuafakat bersama dan bertaawun (bekerjasama), sesebuah parti politik itu dilihat bersifat inklusif dan dapat menarik sokongan masyarakat majmuk di negara ini, kata Dr Rosli Yaakop.

Bekas pengarah urusan Harakah itu berkata, dalam konteks Malaysia, Pas kini dilihat gagal menjadi parti pembangkang yang bersifat inklusif.

“AMANAH tidak sendirian kerana mahu bergabung dengan PKR, DAP dan Bersatu dalam Pakatan Harapan untuk menjadi satu ‘keluarga’ yang besar.

“Bagi saya hanya parti yang bergabung sahaja dapat menambat hati rakyat di Malaysia.

“Jika nak lawan dan berkuasa sendiri memang tidak boleh dilakukan.

“Jika Pas kata nak ambil kuasa di Malaysia dengan bersendirian tak mungkinlah melainkan Allah lebih berkuasa,” ujarnya.

Beliau berkata, sebagai contoh Pas tiada kekuatan untuk meraih kemenangan di Sabah dan Sarawak apatah lagi untuk memerintah negara sekiranya mahu bersendirian.

“Di Sabah dan Sarawak Pas tiada kekuatan. Jika Pas menang Pas perlu bergabung dengan parti di Semanjung, Sabah dan Sarawak untuk perintah negara.

“Jadi saya nak tegaskan kalau nak ambil alih Putrajaya kita semua parti pembangkang kena bergabung. Seperti kekuatan Umno-BN kerana ia gabungan 14 parti komponen yang telah mengikat rakyat pelbagai kaum dalam satu gabungan. Umno-BN boleh kekal 60 tahun perintah Malaysia.

“Jika datang pula parti bersendirian (Pas) ‘sebatang karah’, kita boleh kata selamat tinggal.

“Nak tumbangkan BN kita kena ada parti pembangkang alternatif yang kuat satu gabungan parti yang besar dan Amanah satu partiyang bersedia untuk bergabung dengan PKR,DAP dan Bersatu,’ ujarnya yang enggan mendedahkan mengapa beliau meninggalkan Pas dan menyertai AMANAH.

Dr Rosli menamatkan khidmatnya dengan Harakah pada 1 Mei tahun lalu, selepas berkhidmat kira-kira empat tahun dengan organisasi media milik Pas itu.

“Selalu orang tanya bila nak masuk AMANAH, bila jumpa sahabat dalam Pas pula ehh..(terkejut) ada lagi engkau sini!

“Faktor yang menarik saya dalam AMANAH kerana parti ini tidak sendirian dan saya amat menghargai parti yang bergabung,” ujarnya.

Dr Rosli, 66, anak kelahiran Negeri Sembilan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Pas dan juga bekas pegawai Bank Negara.

Beliau hari ini mengisytiharkan menyertai AMANAH bersama Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

 

8.5
OVERALL SCORE
: 5.0
3 user votes x 9.7
CATEGORIES
TAGS