Malaysia Dateline

Pas sedia hadapi PRU pada bila-bila masa

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memaklumkan, pihaknya bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) pada bila-bila masa.

Abdul Hadi berkata, Pas memilih untuk mengadakan semula pilihan raya adalah disebabkan kecelaruan politik negara pada masa kini.

“Ya, kecelaruan. Baik serah balik kepada rakyat. Pilihan raya semula,” jawabnya ringkas pada sidang media Presiden Pas, hari ini.

Memetik laporan Harakahdaily, ketika mengulas dakwaan jual beli wakil rakyat, Abdul Hadi tidak menolak perkara tersebut sedang terjadi, namun secara sinikal mengingatkan supaya pihak terlibat supaya ‘membeli rakyat’ dan bukannya wakil rakyat.

“Oleh kerana orang tak sokong, tak ada makna kita sokong, suara tak cukup. Asalnya kita cadang bawa Usul (Percaya) di Parlimen untuk sokong Tun M.

“Oleh kerana respons tidak positif daripada semua, termasuklah DAP, termasuk PKR tidak menyokong dia lagi, Umno pun tak sokong, tak ada makna kita sokong. Dengan sebab itu, serah balik kepada rakyat,” ujarnya.