Pas Selangor tidak akan lepas kerusi kepada parti lain

Pas Selangor tidak akan lepas kerusi kepada parti lain

Memberi reaksi kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam kemungkinan Bersatu bertanding di kerusi PKR dan Pas sekarang, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad bertegas semua kerusi yang ditandingi parti itu dalam pilihanraya lepas tidak akan dilepaskan kepada parti lain.

“Pas Selangor bertegas untuk tidak melepaskan kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRU lepas kepada mana-mana parti baru,” tulis beliau di status facebooknya.

Beliau bagaimanapun setuju dengan cadangan perlawanan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasioanal (BN).

“Saya memang setuju satu lawan satu tapi jangan kacau kerusi Pas dan Pas tak kacau kerusi orang,” katanya.

Kenyataan  Iskandar Samad  yang dimuatnaik semalam di facebooknya.Muhyiddin dalam sidang media Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata beliau akan memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Bersatu katanya, ditubuhkan atas matlamat untuk bersama-sama pembangkang melawan Umno BN.

“Matlamat kita untuk bersama-sama rakan-rakan pimpinan yang lain, parti-parti yang sehaluan dengan kita baik dalam Pakatan Harapan, Amanah ataupun Pas nak bekerjasama dengan syarat kita dapat wujudkan satu kesatuan yang kukuh dan kita pastikan bila kita menghadapi pilihan raya kita bertanding atas satu lawan satu,” katanya.

Muhyidin juga membayangkan, partinya akan bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PKR dan Pas dalam pilihan raya umum lalu.

TAGS