Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pas setia bersama Umno, kerjasama muafakat nasional tanpa DAP

Pas setia bersama Umno, kerjasama muafakat nasional tanpa DAP

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 27, 2020 6:50 pm




Pas tetap dengan pendirian setia kepada Umno melalui kerjasama muafakat nasional, tanpa mengira siapa sahaja yang akan dipilih Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri, kata Mursyidul Am parti itu, Datuk Hashim Jasin.

Tegasnya, Pas turut bertegas dalam kerjasama antara parti politik selagi tidak membabitkan DAP.

“Pada mesyuarat Majlis Syura lalu, kita memutuskan UMNO dan PAS perlu menepati perjanjian (kerjasama) dan setakat ini kedua parti tidak melanggar perjanjian, malah teguh dengan perjanjian itu.

“Apa jua cadangan yang dikemukakan antara kedua pihak kita boleh bersetuju, selagi tidak bercanggah dengan syariat serta tanpa perlu membabitkan DAP.

“Pas tidak tamak kuasa dan kita tidak pernah meminta dalam soal jawatan, namun jika ia diberi, kita terima dengan hati terbuka,” lapor BH Online.

Hashim berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Pas Perlis di Kangar, hari ini.

Menurutnya, keputusan untuk terus bekerjasama bersama Umno adalah keutamaan Pas dan tidak berlaku percanggahan dengan dasar serta hukum Islam.

Mengulas mengenai cadangan pembentukan kerajaan minoriti, Hashim menjelaskan pembentukan terbabit lebih mendatangkan keburukan kepada rakyat di dalam negara.

“Kerajaan minoriti ini, jika dibentuk saya bimbang akan ada lagi usul atau undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri seterusnya berlaku lagi krisis seperti sekarang.

“Jadi kerajaan yang dibentuk tidak bertahan lama dan sebaiknya kita biar rakyat yang tentukan menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya.

Hashim turut menganggap suasana berbeza pasti dapat dirasakan jika PRU-15 diadakan tahun ini kerana rakyat benar-benar inginkan perubahan.

Ujarnya, rakyat sudah boleh melihat siapa yang berjuang untuk mereka dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi.

“Malah, di sebelah pihak yang bertanding penonjolan diri untuk menjadi ketua juga perlu mengutamakan ciri dan keperibadian seseorang tanpa meminta-minta.

“Islam larang perkara sedemikian dan Pas tidak boleh terima orang yang gila kuasa dan tamak diangkat menjadi pemimpin,” tambahnya lagi.

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production