Pas sokong pihak berkuasa tangani kes Kim Jong-nam di negara ini

Pas sokong pihak berkuasa tangani kes Kim Jong-nam di negara ini

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) menyatakan sokongan di atas ketegasan pihak berkuasa negara terutamanya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam menangani isu pembunuhan individu dari Korea Utara Kim Jong-nam.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, parti itu senada bahawa siasatan kes jenayah berkenaan semestinya dilaksanakan dengan merujuk pada undang-undang dan tatacara yang ada dalam negara ini.

“Pas melihat isu ini mempunyai sudutnya yang tersendiri apabila wujudnya cubaan campur tangan dari pihak Korea Utara menerusi perwakilan mereka di Malaysia yang boleh memburukkan lagi suasana hubungan diplomatik yang ada pada waktu ini.

“Sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa dalam dan luar negara. Pas secara konsisten memperjuangan kedaulatan Malaysia dari sebarang pencerobohan dan gangguan dari mana-mana pihak.

“Isu geo-politik dan percaturan dalaman negara yang dikatakan terlibat adalah tidak wajar menjadi alasan mana-mana pihak dari Korea Utara untuk mengganggu siasatan yang sedang dijalankan secara bebas dan profesional oleh pihak PDRM,” ujar beliau.

Pada Rabu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak cadangan pihak berkuasa Korea Utara supaya diadakan siasatan bersama berhubung kes pembunuhan seorang warga Korea Utara, Kim Jong-nam, pada 13 Februari lalu.

tuntutan dan permintaan Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol, supaya siasatan bersama diadakan berhubung kes pembunuhan itu.

Isnin lepas, Kang Chol mendesak supaya Korea Utara dibenarkan menyertai siasatan terhadap kematian seorang warganegaranya selepas menuduh Malaysia “bersekongkol dan mengikut selera kuasa luar”.

Kerajaan Malaysia menolak dakwaan tidak berasas itu.

TAGS