Pas tak ada kes rasuah, yang ada Umno dan DAP, dakwa Presiden Pas

Pas tak ada kes rasuah, yang ada Umno dan DAP, dakwa Presiden Pas

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur kerana sehingga kini, pentadbiran negeri di bawah parti itu di Kelantan, Kedah serta Terengganu sebelum ini, tidak terbabit dengan kes-kes rasuah.

“Yang tak ada kes Pas. Alhmdulillah, orang lain ada kes. Pemimpin Pas Kelantan tak ada kes, kita memerintah Kedah, Ustaz Azizan tak ada kes.

“Yang ada kesnya Umno dan sekarang DAP pun ada kes,”kata Hadi ketika bercakap dengan pihak media di rumahnya pada Jumaat 8 Julai semalam.

Hadi dipercayai menghalakan dakwaannya itu kepada kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah atas dakwaan rasuah sekarang ini.

Sebelum ini, Hadi berkata, Guan Eng tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.