Pas Terengganu mahu ambil Dun Bandar milik PKR, kata timbalan pesuruhjaya

Pas Terengganu mahu ambil Dun Bandar milik PKR, kata timbalan pesuruhjaya

 

 

 

 

 

 

Pas Terengganu mahu satu-satunya kerusi PKR di Terengganu, iaitu Dun Bandar, ditandingi oleh parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Pas Terengganu mahu satu-satunya kerusi PKR di Terengganu, iaitu Dun Bandar, ditandingi oleh parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Yahaya Ali, berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh Pas negeri, kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar yang ini diwakili oleh Azan Ismail, Pengerusi PKR Terengganu, wajar ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya akan datang.

Menurut Yahaya, pihak perhubungan negeri telah nengadakan lawatan ke bilik gerakan Dun tersebut tidak berapa lama dahulu.

“Ada (lawatan yang kita buat) dan kita dapat maklumat dari bilik gerakan, secara peribadinya saya merasakan Dun Bandar sangat patut diberi kepada Pas,”ujarnya sebagaimana dilaporkan oleh media milik parti itu, Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Himpunan Dun Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) yang diadakan diperkarangan Pasar Cabang Tiga di sini pada Sabtu 14 Mei.

Beliau turut menempelak pimpinan Parti Keadikan Rakyat (PKR) Terengganu yang disifatkannya sebagai ‘cakap tidak berlapik’.

“Saya tadi hanya respon kepada satu kenyataan yang dibuat oleh parti lain, menyatakan dia akan bertanding di 32 Dun di Terengganu, saya respon tu, kalau dia menyebut begitu atas nama pimpinan PKR negeri khususnya.

“kita bercakap tu kena berlapik, kalau kata dia betul-betul bersedia bertanding di 32 Dun, Pas ni jauh lebih bersedia,”tegasnya.

Katanya, penyerahan Dun Bandar untuk ditandingi oleh PKR adalah satau ‘pengorbanan’ yang patut dihargai.

Tetapi sebaliknya, kata beliau, apabila telah dipilih sebagai wakil rakyat, pemimpin tersebut tidak menilai pengorbanan ahli-ahli Pas itu.

“Apa yang saya sebut tadi ialah kisah lama bagaimana pengorbanan Pas untuk menyerahkan Dun Bandar ini, sebenarnya bukanlah satu pengorbanan yang kecil.

“Oleh kerana calon datang pada pada masa itu sehelai sepinggang dan merayu dalam keadaan tidak ada jentera, tidak ada petugas, tidak ada kewangan,

“Tentulah sebenarnya yang berlaku yang kita katakan (biar) cermat sikit bercakap, takkan bila jadi wakil rakyat (tidak ingat kisah itu),”tegasnya.

Mengulas persiapan Pas Terengganu bagi menghadapi dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Mantan Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri itu berkata, beliau difahamkan Pas Terengganu akan bertugas di Kuala Kangsar.

“Sebagaimana biasalah kita akan menghantar petugas-petugas mengikut jadual masing-masing mengikut kawasan-kawasan dan juga dewan-dewan,

“Cuma pilihanraya ini berlaku pada 18 Jun, persiapan kita, kita bersaing lebih besar berbanding di Sarawak dan ini akan kita laksanakan dalam politik tidak stabil. memerlukan kekuatan yang lebih besar,”katanya kepada Buletin Online.

Kedua-dua kawasan parlimen itu, tambah beliau, adalah kawasan ‘tradisi’, dan berharap tidak ada parti-parti lain yang ‘kacau daun’, atas apa alasan sekalipun.

TAGS