Pas tidak lagi jadi kuda tunggangan DAP, PKR, kata Khairuddin

Pas tidak lagi jadi kuda tunggangan DAP, PKR, kata Khairuddin

Pas tidak lagi akan menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR seperti yang berlaku dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, kata Bendahari Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, apabila DAP dan PKR memenangi PRU13 dengan bantuan jentera dan undi Pas, mereka telah menyerang pelbagai agenda Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Beliau berkata demikian selepas Pakatan Harapan (PH) memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Pas pada PRU14 sebaliknya bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru.

Isu kerjasama ini timbul apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali minggu lalu mengumumkan sedang ada usaha berbincang dengan Pas secara tidak rasmi, sebagai persediaan PKR menghadapi PRU14.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor bagaimanapun menjelaskan, perbincangan dengan Pas itu tiada kaitan dengan PH sebaliknya atas inisiatif PKR sepenuhnya.

{loadposition myposition}

Berikutan itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli Ahad lalu mencadangkan parti itu mengadakan kongres khas peringkat kebangsaan bagi memutuskan sama ada mereka perlu terus berunding dengan Pas atau tidak.

Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuaa Nerus turut menegaskan, pada PRU14 jentera Pas akan memberi fokus kepada kemenangan menerusi Gagasan Rakyat dengan bersaing menentang Umno-BN dan PHuntuk menang minimum lima negeri dan menjadi parti dominan memerintah di peringkat persekutuan.

Menurut beliau juga, PH bukan masa depan bagi rakyat Malaysia kerana perjuangan jangka pendek mereka hanya untuk menjatuhkan Najib, bukannya menukar dasar pemerintahan BN yang telah sekian lama merosakkan negara.

“Pas tidak hanya mahu menukar kerajaan tetapi menukar dasar berkerajaan berasaskan prinsip Islam yang meletak aqidah dan akhlak sebagai asas, dosa pahala sebagai neraca pertimbangan,syariat Islam sebagai landasan berekonomi dan bersosial serta menolak monopoli ekonomi oleh segelintir elit pemerintah, nepotisma dan kronisma serta pemborosan dalam pengurusan kewangannya,” katanya.

CATEGORIES
TAGS