Pas tunggu PRU, belum putus bersama Ahmad Said, kata Takiyuddin

Pas menegaskan bahawa parti itu masih belum membuat keputusan sama ada mahu bersekutu dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.

Sebaliknya, Setiausaha Agung­nya, Datuk Ta­ki­yu­d­din Hassan mendakwa buat masa ini parti Islam itu masih bersama PKR dan Ikatan dalam blok ketiga.

“Pas bagaimanapun buat masa ini be­lum memikirkan un­tuk bersekutu de­ngan mana-mana pe­mimpin UMNO, sebaliknya akan bersama PKR dalam pakatan pembangkang dan Parti Ikatan dalam Blok Ketiga,” katanya seperti disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Takiyuddin berkata, Pas pada asasnya selari dengan pendirian Presiden Pas bahawa proses pilihan raya untuk memilih teraju negeri dan negara harus dilakukan melalui proses demokrasi iaitu pilihan raya umum.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya bersedia menyokong usaha Ahmad dengan syarat Adun Kijal itu keluar daripada Umno.

Menurut Tuan Ibrahim, jika keadaan itu berlaku, Pas sedia menyokong usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Razif untuk mengambil alih pentadbiran negeri.