Malaysia Dateline

Akhirnya selepas berbalas kenyataan dengan pembantu Lim Guan Eng Nasrudin setuju bayar RM10000

Pas tuntut kerajaan P. Pinang perjelaskan butiran pelan asal projek terowong dasar laut

Pas menuntut kerajaan Pulau Pinang dan pimpinan DAP untuk sedia  menyediakan satu butiran lengkap pelan asal projek terowong dasar laut di negeri itu.

Ketua Penerangan Nasrudin Hasan berkata, empat perkara utama perlu diperjelaskan DAP dalam butiran tersebut.

“Pertama Berapakah jumlah sebenar kos projek,*

*Adakah ia ditender secara terbuka dan sekiranya ia adalah tender terbuka, sila dedahkan perincian tender tersebut.*

*Apa sebenarnya terma-terma yang dipersetujui antara pemaju dan LGE, termasuk perjanjian pertukaran lot-lot tanah di lokasi strategik Pulau Pinang*

*Dan kemukakan latar belakang pemaju dan semua rakan kongsi yang terlibat. Adakah mereka pihak yang berpengalaman dan berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan skala ini?,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah penahanan seorang ahli korparat dan membekukan empat syariat serta menyita beberapa aset yang dipercayai ada hubungkait dengan projek terowong dasar laut itu.

Kata Nasrudin lagi beliau percaya serangan bertali arus ke atas Pas mutakhir ini dakwanya, adalah ‘cubaan untuk menutup pekung isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

” Adakah skandal ini turut membabitkan pemimpin DAP khususnya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang?

“Malah, kajian keboleh laksanaan (feasibility study) projek tersebut yang telah menelan belanja sebanyak RM305 jut masih belum dimuktamadkan sehingga Januari lalu.

“Rakyat berhak mendapatkan penjelasan sebenar projek ini setelah *lebih setahun siasatan SPRM berjalan.

“Ini keraja projek terowong dasar laut melibatkan kepentingan rakyat dan terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa kaedah pembayarannya membabitkan pertukaran tanah (land swap) menjejaskan ekosistem persekitaran,” ujarnya.

Nasrudin sebelum ini pernah membangkit isu terowong dasar laut ketika di bawah kerajaan BN sebaliknya beliau telah disaman Guan Eng yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Kini apa yang telah saya bangkit sejak awal dulu semakin menampakkan kebenarannya.

“Rakyat tidak boleh dinafikan hak untuk mengetahui status atau hasil siasatan skandal projek terowong dasar laut yang sedang berlaku sekarang,” tegasnya.