Pas Umno laku sumbang mahram dan gay, dakwa penulis

Pas Umno laku sumbang mahram dan gay, dakwa penulis
Sebagai jantan sama jantan pula, Umno dan Pas kini sudah macam gay, kata Sayuti.

Kenyataan Datuk Seri Annuar Musa bahawa Umno dan Pas sama-sama jantan dan tidak boleh kahwin dipersetujui tetapi apa yang berlaku mereka telah menjadi gay, kata penulis Mohd Sayuti Omar.

Begitu juga dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pas dengan Umno tidak boleh kahwin kerana mereka adik beradik.

“Apakah Pas dan Umno hendak bawa politik baru, politik sumbang mahram dan politik gay?” tulis Sayuti melalui facebooknya.

“Tetapi dengan cara, tindakan dan pergaulan Pas dengan Umno kini sebagai adik beradik telah melewati batas dan terlajak melakukan sumbang mahram,” kata Sayuti mengulas kenyataan Hadi itu.

Sayuti mengulas kenyataan Hadi Awang yang ber kata Pas dan Umno adik beradik, tidak boleh kahwin, manakala Annuar Musa pula kata Umno dan Pas sama-sama jantan, mana boleh kahwin.

“Memang tidak boleh kahwin apabila dua situasi itu berlaku. Menyalahi moral dan juga syariat agama.

“Manakala sebagai jantan sama jantan pula, Umno dan Pas kini sudah macam gay.

“Apakah Pas dan Umno hendak bawa politik baru, politik sumbang mahram dan politik gay?” tulis Sayuti melalui facebooknya.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata Umno dan Pas akan terus kekal sebagai sebuah parti mengikut acuan masing-masing namun berjuang demi sebuah matlamat yang sama.

Beliau berkata Umno dan Pas adalah sama-sama “anak jantan” dan bagaikan adik beradik walaupun telah mengikut haluan berbeza sejak sekian lama sebelum ini.

“Adik beradik, sama-sama anak jantan nak kahwin bagaimana?” katanya.