Pas umum 11 calon bertanding PRN Sarawak

Pas umum 11 calon bertanding PRN Sarawak

Parti Islam SeMalaysia (Pas) malam ini  mengumumkan 11 nama calon yang disifatkan parti itu sangat berpotensi untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Barisan pemimpin utama Pas yang hadir ketika pengisytiharan calon bertanding malam tadi.

Parti Islam SeMalaysia (Pas) malam ini  mengumumkan 11 nama calon yang disifatkan parti itu sangat berpotensi untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pengisytiharan calon dibuat Presiden Pas, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Hotel Kemena, Medan As Syakirin di Bintulu malam ini.

Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee mendahului senarai tersebut dengan diamanahkan bertanding di kerusi Dun 74 Pujut.

Sambil menyifatkan penyertaan Pas dalam PRN ke-11 kali ini sebagai satu usaha dakwah, namun  Abdul Hadi menyatakan kemenangan adalah satu bonus kepada parti ini.

Calon-calon Pas kali ini dikalangan gabungan profesional,aktivis dan agamawan serta campuran tokoh berpengalaman dan anak muda (lima orang daripadanya berusia bawah 40 tahun dengan calon muda muslimat berusia 26 tahun di Beting Maro) .

Lebih menarik Pas turut menampilkan  seorang calon wanita dan seorang calon bukan Islam berbangsa Iban dalam PRN Sarawak kali ini.

Dalam majlis yang sama, Presiden Pas menyerahkan watikah dan panji-panji kepada calon yang akan menggalas amanah Pas di Sarawak.Laungan takbir bergema semasa Presiden Pas mengumumkan calon.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihanraya Datuk Mustafa Ali, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden  Idris Ahmad, Datuk Ir Iskandar Samad, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Pemuda Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Muslimat Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Penerangan  Nasrudin Hassan dan barisan AJK Pas Pusat selain kepimpinan negeri Sarawak yang diketuai Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofree Jaraie.

Berikut merupakan calon-calon Pas yang telah diumumkan:

1. N74. PUJUT- Jofri Jaraiee, Pesuruhjaya Pas Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Miri.

2.N72. LAMBIR – Mohammad Arifiriazul Paijo, Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia dan Ketua Pemuda Pas Negeri Sarawak.

3. N70. SAMALAJU-  Zharudin Narudin, Pengarah Pilihanraya Pas Negeri Sarawak dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri Sarawak.

4. N67. JEPAK-  Kiprawi Aman, Ketua Penerangan Pas Negeri Sarawak dan Ketua Penerangan Pas Kawasan Bintulu.

5. N60. KAKUS –  Clement Bayang, Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pas Negeri Sarawak.

6. N29. BETING MARO-  Hamidah Mokhtar, Setiausaha Dewan Muslimat Pas Negeri Sarawak.

7. N27. SEBUYAU-  Wan Abdillah Wan Ahmad, aktivis Pas di Sebuyau di bawah Pas Kawasan Batang Lupar.

8. N24. SADONG JAYA-  Asan Sinkro, Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Batang Sadong.

9.N16. MUARA TUANG – Zulkipli  Ramzi, Bendahari; Setiausaha Kerja (SUK) Badan Perhubungan Pas Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kota Samarahan.

10. N7. SAMARIANG – Yusof Assidiqi Ahmad Sharkawi, Penyelaras Urusan Ulamak Pas Kawasan Petrajaya, Pengerusi Lajnah Tarbiyah dandan Pengarah Jabatan IT Dewan Ulamak Pas  Wilayah Persekutuan.

11. N4. PANTAI DAMAI – Zainal Abidin Yet, Timbalan Yang Dipertua dan Pengarah Pilihanraya Pas Kawasan Santubong.

Barisan 11 calon Pas yang akan bertanding dalam PRN Sarawak bergambar bersama pemimpin utama parti selepas serahan watikah.

 

TAGS