Pas umum tanding 14 Parlimen, 45 Dun di Kelantan

Pas umum tanding 14 Parlimen, 45 Dun di Kelantan

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah masing-masing akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Pekan dan Panchor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu demikian pada majlis pengumuman calon Pas Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV  malam tadi.

Beliau berkata Pas akan bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan bagi mengekalkan kerajaan negeri pada pilihan raya itu.

Abdul Hadi turut mengumumkan bahawa Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian.

Penyandang kerusi itu, Ahmad Baihaki Atiqullah digugurkan.Selain Ahmad Baihaki, penyandang yang turut digugurkan bagi kerusi parlimen ialah Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh). Beliau digantikan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Selain itu Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan serta Siti Zailah Mohd Yusoff masing-masing mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Kota Bharu dan Parlimen Rantau Panjang.

Pas turut melakukan beberapa pertukaran dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi, yang sebelum ini bertanding di kerusi DUN Wakaf Bharu, dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Tumpat dan tempatnya digantikan muka baharu, Mohd Rusli Abdullah.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamd Abduh Nik Abdul Aziz meninggalkan kerusi disandang beliau iaitu Parlimen Pasir Mas untuk bertanding di Parlimen Bachok.

Penyandang Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary pula dipindahkan ke Parlimen Pengkalan Chepa manakala penyandang kerusi itu, Dr. Izani Husin beralih ke Dun Kijang.

Secara keseluruhan, Pas Kelantan mengemukakan 21 calon muka baharu atau 39 peratus daripada 59 calon Parlimen dan Dun di negeri ini bagi menghadapi PRU14.

Senarai Calon Pas Kelantan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14):

P.019 TUMPAT – Datuk Che Abdullah Mat Nawi

N.01 Pengkalan Kubor – Wan Ruslan Wan Hamat
N.02 Kelaboran – Mohd Adanan Hasan
N.03 Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob
N.04 Wakaf Bharu – Mohd Rusli Abdullah

P.020 PENGKALAN CHEPA – Ahmad Marzuk Shaary

N.05 Kuang – Dr Izani Husin
N.06 Chempaka – Ahmad Fathan Mahmood
N.07 Panchor – Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

P021 KOTA BHARU – Datuk Takiyuddin Hassan

N.08 Tanjong Mas – Rohani Ibrahim
N.09 Kota Lama – Datuk Anuar Tan Abdullah
N.10 Bunut Payong – Datuk Dr Ramli Mamat

P.022 PASIR MAS – Ahmad Fadhli Shaari

N.11 Tendong – Rozi Muhamad
N.12 Pengakalan Pasir – Datuk Hanifa Ahmad
N.13 Meranti – Datuk Nasurruddin Daud

P. 023 RANTAU PANJANG – Siti Zailah Mohd. Yusoff

N.14 Chetok – Zuraidin Abdullah
N.15 Gual Periok – Datuk Muhamad Awang
N.16 Apam Putra -Abdul Rasul Mohamed

P.024 KUBANG KERIAN – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

N.17 Salor – Saiful Adli Abu Bakar
N.18 Pari Tumboh – Abdul Rahman Yunus
N.19 Demit – Mumtaz Md Nawi

P.025 BACHOK  – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

N.20 Tawang – Datuk Hassan Mahmood
N.21 Pantai Irama – Mohd Huzaimy Che Husin
N.22  Jelawat – Abdul Azziz Kadir

P.026 KETEREH – Wan Ismail Wan Jusoh

N.23 Melor – Dr Md Yusnan Yusuf
N.24 Kadok – Azami Mohd Nor
N.25 Kok Lanas – Nik Mahadi Nik Mahmud

P.027  TANAH MERAH – Datuk Dr. Johari Mat

N.26 Bukit Panau – Datuk Abdul Fattah Mahmood
N.27 Gual Ipoh – Wan Yusuf W Mustapha
N.28 Kemahang – Datuk Md Anizam Ab Rahman

P.028 PASIR PUTEH – Datuk Dr. Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh

N.29 Selising – Tuan Mohd Sharipudin Tuan Ismail
N.30 Limbongan – Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah
N.31 Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim
N.32 Gaal – Mohd Rodzi Ja’afar

P.029 MACHANG – Zulkifli Mamat

N.33 Pulai Chondong – Azhar Salleh
N.34 Temangan – Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan
N.35 Kemuning – Mohd Roseli Ismail

P.030 JELI – Mohamad Hamid

N.36 Bukit Bunga – Ramzi Mohd Yusuff
N.37 AIr Panas – Datuk Abdullah Ya’kub
N.38 Kuala Balah – Mohd Apandi Mohamad

P.031 KUALA KRAI – Abdul Latiff Abdul Rahman

N.39 Mengkarang – Mohammad Mat Sulaiman
N.40 Guchil – Hilmi Abdullah
N.41 Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah
N.42 Dabong – Ku Mohd Zaki Ku Hussin

P.032 GUA MUSANG – Abdullah Hussein

N.43 Nenggiri – Mohd Sidek Abdul Razak
N.44 Paloh – Azman Ahmad
N.45 Galas – Suhaimi Mat Deris

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS