Mengapa Pas ungkit semula kes khalwat Mat Sabu?

Mengapa Pas ungkit semula kes khalwat Mat Sabu?

Tindakan portal rasmi Pas, Harakahdaily menyiarkan imbasan ‘Hari ini dalam sejarah Pas’ berkaitan tuduhan khalwat  membabitkan bekas Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohamad Sabu bekas orang nombor dua parti jelas mempunyai ‘maksud tersembunyi’.

Tindakan portal rasmi Pas, Harakahdaily menyiarkan imbasan ‘Hari ini dalam sejarah Pas’ berkaitan tuduhan khalwat  membabitkan bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohamad Sabu bekas orang nombor dua parti jelas mempunyai ‘maksud tersembunyi’.

Sumber dari dalam Harakah memberitahu Malaysia Dateline, penyiaran artikel tersebut adalah agenda untuk memburuk-burukkan individu yang keluar dari Pas dan menyertai Amanah.

 

“Memang ada maksud tersembunyi dalam artikel tersebut. Mereka ada agenda untuk memburukkan pimpinan yang ‘dihalau’ keluar dari parti,” kata sumber itu.

Harakahdaily hari ini menyiarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh  Ketua Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Mohd Fadli Ghani mengenai kes membabitkan Mohamad Sabu pada 1995.

Mohamad yang kini merupakan Presiden Amanah dituduh melakukan khalwat dengan isteri pemandunya, Normah Abdul Halim di sebuah hotel di Kota Bharu pada 31 Januari 1995, ketika itu Mohamad merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.

“Di pihak Pas, walaupun telah menyerahkan kes ini kepada mahkamah tetapi pada 21 Februri 1995, jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah mengambil tindakan politik dengan menerima perletakan semua jawatan parti oleh Mat Sabu sebagai mengambil tanggungjawab dalam isu ini.

“Bahkan Pas Pusat telah memutuskan untuk mengambil tindakan lanjut ke atas Mat Sabu setelah mahkamah membuat keputusan,” kata kenyataan itu.

Walaupun penyiaran artikel ‘Hari ini dalam sejarah Pas’ itu adalah perkara yang biasa dilakukan harakahdaily setiap hari, namun sumber itu secara peribadi tidak bersetuju apabila kes itu ditimbulkan semula.

“Saya secara peribadi merasakan memang tak wajar artikel begitu disiarkan.

“Dulu ‘hari ini dalam sejarah Pas’ tidak begitu. Tapi sekarang nadanya dah berubah, dah jadi medan untuk membawa anasir permusuhan,” kata sumber.

TAGS