Pas: Waktu terbaik dedah laporan audit 1MDB

Pas: Waktu terbaik dedah laporan audit 1MDB

Sudah tiba masanya laporan audit 1MDB didedahkan kepada umum bagi rakyat memahami bagaimana pelan rasionalisasi syarikat itu akan dijayakan, kata timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sepatutnya tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan daripada laporan 1MDB itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam diumumkan bahawa 1MDB dan pihak International Petroleum Investment Company (IPIC) berjaya mencapai persetujuan bagi penyelesaian yang melibatkan prosiding timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London.

Menurut Tuan Ibrahim, wlaupun itu dinamakan “penyelesaian”, tapi nampaknya penyelesaian itu langsung tidak menguntungkan 1MDB mahupun Malaysia kerana IPIC mendapat hampir segala yang dituntutnya pada 2016.

“Kementerian Kewangan Malaysia kini terdedah dengan pembayaran hutang beserta faedah sehingga mencecah AS$4.7 bilion termasuk AS$1.2 bilion yang dipinjam kepada 1MDB pada 2015 dan semua tanggungjawab semua faedah masa depan dan pembayaran wang pokok dua bon berjumlah AS$3.5 bilion yang akan matang pada 2022,” katanya.

Beliau berkata, kementerian kewangan Malaysia kini terdedah dengan pembayaran hutang beserta faedah sehingga mencecah AS$4.7 bilion termasuk AS$1.2 bilion yang dipinjam kepada 1MDB pada 2015 dan semua tanggungjawab semua faedah masa depan dan pembayaran wang pokok dua bon berjumlah AS$3.5 bilion yang akan matang pada 2022.

“1MDB menyebut bahawa pengewangan unit dana pelaburan menjadi satu cabaran besar dalam mematuhi penyelesaian tinbang tara antara 1MDB dan IPIC. Sekiranya 1MDB gagal me-tunaikan unit dana pelaburannya, siapa yang bakal membayarnya? Apakah duit akan disedut dari rakyat lagi?” soalnya.