Malaysia Dateline

Pas warisi projek pembodohan BN

Isu TH Plantation anak syarikat Lembaga Tabung Haji (TH) dikatakan menjual aset tanah mereka pada harga RM4,500/ha.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary ghairah nak pekena mantan menteri agama (Dr Mujahid) sanggup jadi pak turut mewarisi projek pembodohan zaman BN dulu kala.

Tanah THP dari anak syarikatnya Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas dibeli tahun 2013 pada keluasan total 6513.8 ha pada harga tinggi iaitu RM264.2juta

Apa yang Marzuk (Pas) tidak beritahu rakyat ialah tanah dibeli masa zaman BN dulu kala sebenarnya ditipu oleh orang tengah yang gila komisen tinggi. Hektar tanah yang boleh ditanam hanya sekitar 4,842ha sahaja walaupun penilaian dibuat sebelum beli tahun 2012 dicatat 5,700ha.

Pada tahun 2018, satu penilaian baru dibuat pada tanah yang boleh ditanam dinilai pada RM 11,425/ha

Selain itu, projeksi tinggi dibuat bagi keluaran FFB (fresh fruit branches) mulai tahun 2014 tetapi hasil sebenar meleset jauh sejak 2014-2018 dari 569,020 metrik tan projeksi hanya tercapai 181,212 metrik tan iaitu hanya 31 peratus sepanjang 4 tahun!

Syarikat tanggung rugi dan tidak mencapai performance dijangkakan (hasil zaman Umno jaga)

Keputusan menjual BSV, Maju Warisanmas anak syarikat THP adalah kerana syarikat ni rugi. Nilai jualan ialah RM170juta.

Jika dibandingkan dengan keluasan tanah total iaitu 6513.8ha maka sehektar ialah RM 26,098/ha. Kalau yang boleh tanam 4,277ha maka RM38,742/ha.

Nampak atau tidak pembodohan dibuat di Parlimen dengan rasa tidak bersalah oleh Marzuk menyebut Mujahid jual RM 4,500/ha.

Maka gegak gempita wakil rakyat Umno dan Pas tepuk meja dan para mangsa pembodohan pun seronoklah buat poster Mujahid lelong RM4,500/ha!

Pas lawan Umno/BN kerana marah projek pembodohan dan Umno BN ditolak, hari ini Pas mewarisi lebih hebat dari Umno membodohkan rakyat dan pastinya ahli Pas dan Harakah!