Pas yakin menang semula Terengganu dalam PRU akan datang

Pas yakin menang semula Terengganu dalam PRU akan datang

Bekas pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut yakin Pas boleh memerintah semula Terengganu selepas pilihan raya umum akan datang selepas hilang negeriu itu dalam pilihan raya 2004 lalu.

Bagi beliau, dengan sokongan berterusan pengundi bandar dan pinggir bandar, parti itu akan beroleh kejayaan dalam pilihan raya akan datang.

“Dengan syarat Cina terus sokong kita,” kata Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam itu.

Bagi beliau, Allah menolong parti Islam itu apabila berlaku perpecahan dalam Umno tanpa menyentuh perpecahan juga teruk berlaku dalam Pas.

“Allah tolong kita. Bila perpecahan berlaku dalam Umno, ia jadi liabliti kepada Umno dan peluang kepada Pas,” katanya.

Beliau yakin, kawasan yang dimenangi dengan  tipis akan bertambah majoriti manakala yang  kalah tipis akan beroleh kemenangan.

Beliau juga menaruh harapan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan bersama-sama parti itu.

“Kita tidak harap Mat Said mari bersama kita sekarang tetapi akan datang siapa tahu,” katanya kepada wartawan di majlis rumah terbuka beliau.

Wahid yang lama menghilang dari politik selepas tidak berapa sihat berkata, beliau tidak akan mempertahankan lagi kerusinya dalam pilihan raya akan datang.

“Saya sendiri pun tak dicalonkan tak apa, kita bagi kepada golongan muda-muda. Kejayaan seorang pemimpin adalah melahirkan pelapis. Saya dah 26 tahun jadi wakil rakyat, bagi kepada orang muda pula,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)