Pas yang kuat di Kedah bukan Umno, kata Mukhriz

Pas yang kuat di Kedah bukan Umno, kata Mukhriz

Menteri Besar Kedah berkata, keadaan politik pembangkang di negeri itu didokong kuat oleh Pas dan bukannya Umno seperti yang didakwa.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, lantaran itu Umno jelas memberikan laluan kepada Pas untuk kembali mentadbir negeri itu atas dasar ‘perbentukan kerajaan perpaduan’ antara Pas dan Umno.

“Saya sudah ucap tahniah kepada Umnokerana telah memberi laluan kepada Pas untuk ambil alih negeri Kedah. Ini sifat murah hati yang begitu hebat kepada Umno

“Tentunya yang menjadi lebih kuat di Kedah adalah Pas bukan Umno,” katanya selepas menghadiri pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat seperti dipetik MG hari ini.

Pembukaan itu telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Datuk Seri Mohamad Hasan pada Sabtu lalu dilaporkan berkata, Umnoberhasrat mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai kerajaan Penyatuan Ummah di empat buah negeri yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Hasrat itu katanya, telah dibincangkan dengan Pas pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti baru-baru ini dan ia masih di peringkat cadangan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Bagaimanapun, menurut Mukhriz kedudukan Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah masih utuh kerana mempunyai 19 kerusi Dun, berbanding gabungan Umno-Pas sebanyak dua kerusi dan PAS pula 15 kerusi