Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pasang semula tanglung dapat persetujuan mesyuarat Kabinet, kata Nie Ching

Pasang semula tanglung dapat persetujuan mesyuarat Kabinet, kata Nie Ching

Oleh MALAYSIA DATELINEJanuary 9, 2020 8:16 am




Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching memberitahu pemasangan semula tanglung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 selepas mendapat persetujuan mesyuarat Kabinet.

Menurutnya, pemasangan tanglung dengan penyerahan 20 tanglung tambahan kepada pihak sekolah untuk digantung sekitar sekolah itu diputuskan berdasarkan hasil siasatan yang sudah dilakukan pihak polis.

“Kami semua mengambil pendirian ini (memasang semula) dan meminta agar semua pihak tidak menjadikan perkara ini sebagai isu. Ia juga bukan arahan daripada kerajaan sebaliknya perkara yang diputuskan bersama-sama,” ujarnya.

Wakil rakyat DAP tersebut berkata demikian dalam sidang media di sekolah itu semalam yang dihadiri sama tujuh menteri.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan isu pemasangan tanglung tersebut ada kaitan dengan tulisan Jawi yang menjadi kontroversi sebelum ini.

“Tiada isu berkaitan bahasa Mandarin atau Bahasa Melayu atau (tulisan Jawi) di sini (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1) tetapi hanya berkenaan kekeliruan pemasangan tanglung sahaja,” katanya lagi.

Hadir sama dalam pemasangan semula simbol perayaan Cina itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Air Tanah Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Terdahulu, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, membuat kenyataan mendakwa perhiasan tanglung bercanggah dengan Perlembagaan kerana mempunyai unsur agama.

Pihak sekolah kemudiannya menurunkan tanglung yang digantung di pekarangan sekolah itu selepas mendapat arahan polis.

Walau bagaimanapun, Nie Ching mendakwa polis sekadar memberi nasihat bukannya arahan untuk menurunkan hiasan berwarna merah itu.

“Ia adalah nasihat daripada polis, tapi saya percaya selepas siasatan penuh kami menegakkan prinsip bahawa sekolah adalah untuk kita menyambut semua perayaan.

“Selepas siasatan, ia didapati tidak menjadi ancaman kepada sebarang isu agama dan bangsa. Mesyuarat kabinet juga memastikan hal ini dan ia adalah pendirian kerajaan,” katanya kepada pemberita.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production