Tular satu tangkap layar mengenai ciapan seorang pengguna media sosial yang meminta orang ramai membayar hutang kad kredit mereka.
Ciapan asal tersebut sudah dipadam selepas dikecam netizen yang berang kerana dengan senangnya mereka melepaskan tanggungjawab mereka.
Pemilik Twitter itu dikatakan mempunyai masalah bantuan kewangan dan menggunakan wang tersebut untuk perniagaan mereka.
“Hi warga DS. Dekat sini I (saya) seikhlas hati minta bantuan kewangan untuk teman lelaki and I punya hutang kat bank sebab ada masalah business (perniagaan).
“Jadi kami guna kad kredit untuk kegunaan harian bagi beberapa bulan ni. Siapa sudi bantu boleh hantar mesej secara ‘private’,” kata tangkap layar tersebut.
Seorang pengguna Facebook, Ernie Rebecca menyelar pasangan tersebut kerana masih ramai yang mempunyai masalah lebih besar tapi tidak mengemis di media sosial.
“Ok la setakat RM2,000 je. Orang lain pun tengah bersusah-payah untuk langsaikan hutang berpuluh-puluh ribu, malahan beratus-ratus ribu kat bank tu.
“Tak ada pula mereka senang-senang meminta dekat media sosial untuk ambil sumbangan.
“Zaman sekarang ni keras kehidupan, jadi ukar baju di badan sendiri ya,” ujarnya.
Jika merasa tidak mampu, maka hentikanlah dahulu perniagaan dan stabilkan kewangan sebelum mulakan balik mencari rezeki.
Baca juga: Ibu mentua paksa bagi anak dekat kakak ipar, alasan suami pula tak boleh guna