PasLeak: Label dokumen sebagai ‘sampah’, penafian Samsuri kurang meyakinkan

Oleh NASUHA RAHMAN

PasLeak: Label dokumen sebagai ‘sampah’, penafian Samsuri kurang meyakinkan. Penafian Naib Presiden Pas Dr Samsuri Ahmad yang sekadar melabelkan dokumen tersebut sebagai ‘sampah’ adalah kurang meyakinkan.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional Mohd Hasbie Muda berkata, walaupun dokumen itu dianggap sebagai ‘sampah’ namun Samsuri telah mengiyakan adanya pertemuan dengan tokoh-tokoh sebagaimana tercatat dalam dokumen tersebut.

“Sehari dua ini kecoh tentang dokumen sulit yang didakwa milik PAS berkisar tentang perancangan dan usaha parti tersebut untuk kekal berkuasa di Putrajaya dengan membuat perbincangan dengan pelbagai pihak.

PasLeak: Label dokumen sebagai 'sampah', penafian Samsuri kurang meyakinkan
Hasbie Muda

“Apa yang mengejutkan adalah melalui dokumen ini terbukti, beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan BN didakwa cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik masing-masing termasuk mencampuri urusan mahkamah,” katanya.

Katanya, memandangkan intipati kandungan dokumen tersebut sangat berkait rapat dengan masa depan negara serta kebebasan institusi kehakiman negara, penafian tegas oleh pimpinan utama Pas iaitu presidennya amatlah dituntut.

Terdahulu, satu satu dokumen sulit bertajuk “Laporan political enggagement Pas Pusat” viral antara lain dokumen itu mendakwa ada cubaan dibuat agar Ahmad Zahid dan Najib Razak dipenjarakan segera.

“Political enggagement” ini didakwa dilakukan oleh dua pemimpin kanan Pas iaitu Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut dokumen itu, kedua-dua pemimpin Pas ini bertemu dengan semua pemimpin termasuk Datuk Seri Azmin Ali (24 Mac), Tun Dr Mahathir (27 Mac), Datuk Dr Ahmad Masrizal (4 April), Datuk Seri Hamzah Zainudin (4 April) dan Datuk Seri Hishamuddin Husein (7 April).

Bagaimanapun, Samsuri dalam kenyataan terkininya menganggap dokumen itu sebagai “sampah” dan menzahirkan rasa hairan kerana ada pihak yang percaya bahawa dokumen tersebut sebagai sesuatu yang benar.

Baca juga: Dokumen sulit ‘political enggagement’ Pas bocor, antaranya Zahid, Najib perlu ke penjara