Pastikan AMANAH relevan di Sarawak

Pastikan AMANAH relevan di Sarawak
Naib Presiden AMANAH, Dr Hasan Baharom (tiga dari kiri) pada Majlis Perasmian Konvensyen AMANAH Negeri Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Sibu, hari ini.

Ahli-ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak diingatkan agar terus bekerja dengan kuat bagi memastikan parti berkenaan terus relevan dan diterima oleh masyarakat di negeri ini.

Naib Presiden AMANAH, Dr Hasan Baharom berkata,dasar parti adalah membawa seluruh rakyat di negara ini termasuk di Sarawak untuk membawa keharmonian dan perpaduan adalah seimbang dengan pembangunan yang di kecapi.

Katanya, walaupun terpaksa menerima pelbagai halangan dan rintangan, AMANAH akan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk seluruh masyarakat di Sarawak.

“Alhamdulillah.. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada AMANAH Sarawak kerana telah membina satu rangkaian kerja yang kuat di kalangan ahli-ahlinya bagi memastikan parti ini dapat diterima dan relevan di negeri ini.

“Oleh demikian, sayangilah dan jagalah parti kita ini, seperti menjaga diri kita sendiri,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen AMANAH Negeri Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Sibu, hari ini.

Seramai 100 lebih perwakilan dan pemerhati dari 13 Cawangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sarawak hadir pada konvensyen kali ke-4 kali ini.

Menurut Dr Hasan, AMANAH merupakan inkulusif yang mana ahli-ahli partinya adalah terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama.

Tambah beliau lagi, ini dapat dilihat dengan suasana ahli-ahli AMANAH di Sarawak yang meliputi kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Cina dan India di negeri ini.

“In shaa Allah.. dengan semangat yang sedia ada saya yakin bahawa AMANAH Sarawak akan mampu melonjak lebih jauh lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 nanti.

“Dengan 13 kerusi Dun dan enam di peringkat Parlimen, kita akan berjuang dengan semangat yang kental bahawa AMANAH adalah pilihan rakyat di negeri ini, ” tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah Pengerusi AMANAH Negara Negeri Sarawak, Mohamad Fidzuan Zaidi, Ketua Pemuda Fadillah Sabali dan Ketua Awan, Rozaiti Hamdan.