Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘Pastikan kerajaan pintu belakang ini ditumbangkan’

‘Pastikan kerajaan pintu belakang ini ditumbangkan’

ARIF ATANMarch 1, 2020 7:55 pm




Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil menyeru rakyat Malaysia terutama golongan muda untuk menjatuhkan ‘kerajaan pintu belakang’ yang mengkhianati semangat demokrasi.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu berkata, rakyat Malaysia perlu memppunyai keberanian untuk membangunkan negara ini atas prinsip integriti, keadilan dan kebenaran.

“Saya ajak semua rakyat Malaysia terutama orang muda untuk menyelamatkan negara ini. Kita akan pastikan kerajaan pintu belakang ini ditumbangkan dalam mana-mana pilihan raya yang akan datang.

“Kita tidak akan memberi ruang kepada kerajaan pintu belakang ini untuk mentadbir negara Malaysia yang kita cintai ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam himpunan membantah pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan di perkarangan gedung beli-belah Sogo di ibu negara.

Menurut ADUN Permatang Pasir itu, kerajaan pintu belakang bercanggah dengan semangat demokrasi dan menghina rakyat.

“Perlembagaan telah memberikan hak kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Mengapa mereka merampas kerajaan yang sah melalui pintu belakang?

“Apa yang mereka fikirkan hanyalah kuasa politik. Jadi, ini tidak harus dibenarkan berlaku di negara ini,” ujarnya.

Pemuda AMANAH antara yang menghadiri protes membantah pelantikan Muhyiddin.

Beliau berpendapat kerajaan pintu belakang hanya demi mahukan kuasa politik bagi menyelamatkan beberapa individu daripada disumbat ke Penjara Sungai Buloh.

“Mereka tiada pilihan lain untuk menghalang kes-kes ini daripada dibicarakan.

“Hari ini rakyat Malaysia perlu ada satu semangat untuk membebaskan negara daripada kuasa politik kotor,” seru Faiz lagi.

Kira-kira 100 individu berkumpul di hadapan Sogo dan kawasan sekitar jam 5.30 petang tadi.

Turut kelihatan di himpunan itu bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, aktivis Datin Paduka Marina Mahathir serta Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional.

Himpunan membantah kerajaan pintu belakang di perkarangan Sogo petang tadi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production