Pasukan khas dibentuk untuk tangani masalah setinggan

Pasukan khas dibentuk untuk tangani masalah setinggan

Negeri Johor Bahru hari ini telah membuktikan bahawa terdapat banyak setinggan yang dibina tanpa ada sebarang pengurusan yang baik terhadapnya.

Perkara itu telah menarik perhatian Adun Perling, Cheo Yee How yang berpendapat bahawa pengurusan terhadap setinggan yang berada di negeri Johor ini perlu diwujudkan.

Menurut beliau lagi, cadangan kepada kerajaan negeri untuk mewujudkan Pasukan Khas menangani isu setinggan adalah menjadi suatu yang penting pada masa ini.

“Sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri fokus dalam menubuhkan sebuah Pasukan Khas untuk menangani permasalahan setinggan di negeri ini.

“Daerah Johor Bahru antara kawasan yang terdapat banyak setinggan dan kita perlu bersedia dengan apa sahaja permasalahan tentang pelbagai tuntutan terhadap rakyat.

“Kita tidak mahu nasib mereka tidak dibela sekiranya apa-apa yang berlaku pada pentadbiran dan sampai bila perkara ini tidak dapat diselesaikan secara konsisten.

“Saya menyeru agar pihak kerajaan segera mewujudkan Pasukan Khas ini dengan mempelawa agensi serta jabatan untuk turut sama dalam pasukan tersebut sebagai langkah perkhidmatan terhadap rakyat serta memperjuangkan nasib mereka,” ujarnya ketika ditemui di program penjelasan berkenaan dengan setinggan Kampung Bakar Batu Perling.

Menurutnya lagi, tindakan mewujudkan Pasukan Khas selain menyelesaikan masalah penduduk ia juga bertujuan untuk mendapatkan keadaan menang-menang antara pihak pemaju dan penduduk setinggan.

Dalam pada masa yang sama, Exco Perumahan Komunikasi dan Multimedia, Sr. Dzulkefly Ahmad pula berkata isu setinggan memang menjadi masalah sekiranya ia tidak ditangani dengan baik.

“Kita sudah kemukakan sebelum ini, namun selepas itu bila saya semak dengan Pegawai Daerah memang tidak ada ‘master plan’.

“Kita mesti ada Pasukan Khas ini untuk kita melihat jangka masa panjang untuk menyelesaikan permasalahan setinggan ini.

“Kerajaan perlu ada pendekatan yang holistik dalam isu ini agar segala permasalahan seperti penerokaan tanah yang baru oleh penduduk setinggan dapat diselesaikan dengan wujudnya Pasukan Khas ini,” katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut perkara itu, Cheo akan membawa cadangan tersebut kepada pihak kerajaan negeri ada suatu jangka masa yang akan ditentukan.