Malaysia Dateline

Pasukan MP Kota Raja santuni keluarga enam anak tinggal di kabin

Pejabat MP Kota Raja akan biaya kos pengangkutan enam anak keluarga ini ke sekolah.

Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja hari ini menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga dengan enam anak yang tinggal di dalam kabin, berhampiran kilang simen dekat Jalan Raja Nong.

Menurut perkongsian di laman rasmi Facebook Mohamad Sabu, ketua keluarga tersebut merupakan pemandu lori simen yang tidak mempunyai pendapatan tetap, manakala isterinya tidak bekerja.

Sehubungan itu, Pegawai Ahli Parlimen Kota Raja, Mohd Azmi Jusoh bersama Pengurusan SMK Kampung Jawa dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang datang menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.

“Kita beri komitmen untuk membiayai kos pengangkutan kesemua enam orang anak ke sekolah.

“Kita juga akan membantu mereka memohon zakat bagi pembiayai rumah sewa dari Lembaga Zakat Selangor manakala pihak JKM pula mempertimbangkan untuk bantuan kewangan secara bulanan.

“Semoga usaha kecil kita membantu mereka diberkati Allah dan dapat meringankan bebanan keluarga. Insya-Allah,” katanya lagi.

Keluarga enam beranak itu tinggal berhampiran kilang simen dekat Jalan Raja Nong.