Patriot desak Najib jelaskan isu penswastaan tanah ATM

Patriot desak Najib jelaskan isu penswastaan tanah ATM

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), BG Datuk Mohamed Arshad Raji (B) berkata, pendedahan yang dibuat oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa Tan Sri Rafidah Aziz berhubung tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah diswastakan amat mengejutkan.

Kata beliau, ekoran pendedahan dan tuduhan ini, boleh dikatakan 300,000 veteran, 150,000 anggota tentera yang sedang berkhidmat dan rakyat Malaysia pada umumnya terkejut tanpa kata.

“Banyak soalan yang berlegar di benak, terutamanya berkaitan dengan penutupan semasa Pangkalan Tentera Udara Sg Besi yang memalukan dan pemindahan kem-kem tentera lama yang mempunyai nilai komersial tinggi ke kawasan-kawasan terpencil di seluruh negara,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Jelas Mohamed Arshad, penswastaan dan monetisasi (monetisation) bidang-bidang tanah berharga dan strategik milik tentera adalah perkara serius.

“Ia tidak boleh dan tidak seharusnya diputuskan oleh seorang menteri kabinet dan tanpa perdebatan di parlimen dan tanpa pengetahuan rakyat jelata.

“Di atas segala-segalanya, pandangan setiap warga ATM adalah sangat penting tetapi tidak di diminta. Veteran yang pernah berkhidmat di kem-kem berkenaan juga melampirkan nilai sentimental yang tinggi, dan suara mereka juga seharusnya didengar,” kata beliau.

Katanya lagi, memandangkan keseriusan isu ini, Patriot menuntut jawapan segera daripada Perdana Menteri Najib, kepada soalan-soalan berikut:

1. Apa yang berlaku terhadap cadangan tersebut dalam masa 10 tahun ini, mulai tahun 2008 sehingga sekarang, iaitu tahun 2018?

2. Adakah semua 40,000 ribu hektar tanah Kementah/Angkatan Tentera yang dinyatakan telah diswastakan?

3. Dan jika telah diswastakan, syarikat mana dan siapakah pemilik-pemilik syarikat?

Tambah beliau, semua tanah milik Kementah dan Angkatan Tentera terletak di lokasi strategik di seluruh negara.

“Selain nilai komersial, sebarang penempatan semula pangkalan tentera akan mempunyai implikasi strategik, keselamatan, dan pertahanan yang serius.

“Di samping itu, pemindahan ke kawasan terpencil akan menyebabkan banyak ketidakselesaan kepada warga pakaian seragam dan keluarga mereka.

“Patriot sedang menunggu jawapan kepada soalan-soalan kami,” katanya.

6.0
OVERALL SCORE
3 user votes x 8.0