Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Patriot jijik cubaan kerajaan pintu belakang

Patriot jijik cubaan kerajaan pintu belakang

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONFebruary 24, 2020 11:48 am




Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) melihat isu pergoncangan politik yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan pintu belakang sebagai satu perkara yang menjijikkan.

Presidennya, Datuk Mohamed Arshad Raji, berkata, cubaan membentuk kerajaan baharu itu adalah tidak wajar dan merupakan satu pengkhianatan kepada mandat yang diberikan rakyat.

“Patriot merasa jijik dengan perkembangan isu politik yang dikatakan dalam usaha untuk membentuk kerajaan pintu belakang.

“Seperti yang dilaporkan secara meluas, Bersatu dan beberapa ahli politik PKR cuba membentuk kerajaan baru bersama Umno dan Pas.

“Ini mengejutkan terutamanya hanya dua hari selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengumumkan isu penggantian jawatan Perdana Menteri sudah selesai,” katanya.

Ulasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi, Patriot sama sekali tidak akan menyokong mana-mana kerajaan yang terbentuk termasuk Umno mahupun Pas.

“Patriot tidak akan menyokong mana-mana kerajaan yang terbentuk termasuk Umno dan Pas.

“Jika benar bahawa kerajaan PH telah runtuh, seperti mana-mana demokrasi matang, maka perkara yang sah adalah untuk membubarkan Parlimen supaya parti-parti gabungan dapat mencari mandat baru dari rakyat,” tegasnya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production