Patriot tabik kepada panglima ATM, sanggup betulkan kenyataan

Pemimpin Patriot tabik kepada panglima ATM kerana sanggup betulkan kenyataan.

Persatuan Patriot Kebangssan (Patriot) memuji kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Raja Mohd Affandi bahawa kesetiaan Angkatan Tentera Malaysia adalah keopada Raja dan negara dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

“Patriot menabik Panglima Angkatan Tentera di atas perisytiharan terbuka beliau,” kata BG Datuk Mohamed Arshad Raji (B), Presiden, Persatuan Patriot Kebangsaan.

Katanya, Patriot terkejut mendengar Menteri Pertahanan penjaga (caretaker) Hishammuddin yang menyatakan, “Jangan cuba untuk menipu anggota ATM dan jangan cuba mengelirukan orang lain dengan tuduhan (anggota ATM berpihak dengan parti tertentu )” seperti dilaporkan Borneo Post online 10 Apr 18.

“Patriot tidak menyalahkan Panglima Angkatan Tentera kerana membuat kenyataan di Mes Perwira Kementah pada 30 Mac 18 menyatakan kesetiaan kepada kerajaan dan Perdana Menteri.

“kerana kami percaya beliau hanya mengikuti naratif penulis ucapan dari kementerian Hishammuddin,” kata Arsha dalam kenyataannya.

Patriot telah menyebut sebelum ini bahawa pengundian dan kertas undi adalah rahsia dan adalah mustahil bagi sesiapa untuk mengesan parti atau calon mana yang telah dipilih.

Ketua Suruhanjaya Pilihanraya juga telah membuat pernyataan yang sama, katanya.

“Memandangkan Panglima Angkatan Tentera telah membuat kenyataan yang dialu-alukan di Kuching, kami merayu agar beliau segera membuat pernyataan seperti berikut, untuk mengelakkan ketakutan, kecurigaan dan kekeliruan di kalangan anggota tentera dan masyarakat umum,” kata nya.

Beliau meminta, semua anggota Angkatan Tentera dan ahli keluarga mereka bebas mengundi sesiapa sahaja yang mereka inginkan.

Mereka yang berhak membuat undi pos/awal hendaklah menandakan kertas undi sendiri, dan tidak ada orang lain yang menandakan kertas undi untuk mereka.

Katanya juga, menandakan kertas undi bagi pihak orang lain adalah kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pesalah, kataya, juga akan diambil tindakan secara serius di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.

COMMENTS

Wordpress (0)