Patutlah buat ayam gunting tak menjadi! Salah guna tepung rupanya, ikut cara ni baru menjadi

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau pergi pasar malam atau kedai di tepi jalan, mesti akan jumpa satu peniaga yang jual ayam gunting, walaupun sejuk masih rangup.

Kalau beli satu tak apa juga, kalau semua anak nak, boleh pokai mak ayah maka boleh cuba cara buat ayam gunting di rumah.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Syaidatul Fazreen mengenai cara senang untuk buat ayam gunting, yang penting kena ada tepung ubi kayu di rumah.

Cara buat ayam gunting, rangup dan mudah

Bahan untuk perap ayam:

  • Dada ayam (pastikan dipotong nipis)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kari daging

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan perapan bersama ayam yang telah dipotong nipis dan lebar.
  2. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 30 minit untuk menyerap semua rasa. Kalau nak buat terus pun tiada masalah.

Bahan kering untuk salutan ayam:

  • Tepung ubi kayu
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada putih
  • Air

Cara-cara:

  1. Campur tepung ubi kayu dengan garam dalam satu bekas kemudian masukkan satu sudu air, jangan letak setempat sahaja.
  2. Kemudian tekan tepung biar mampat sehingga ia jadi seperti bergumpal sedikit.
  3. Selepas dah nampak ada ketulan, masukkan serbuk lada putih dan gaulkan ia.
  4. Pastikan sebahagian tepung sahaja yang bergumpal dan selebihnya berbentuk serbuk.
  5. Gaulkan ayam dalam tepung satu-satu, jangan masukkan semua terus, pastikan setiap ayam disaluti dengan rata.

Cara masak ayam gunting:

  1. Pastikan letak minyak yang cukup dan guna kuali yang sesuai.
  2. Goreng seperti biasa, jangan masukkan banyak kuantiti dalam satu masa, pastikan ada ruang di antara setiap ayam.
  3. Bila ayam bertukar warna keemasan dah boleh angkat dan hidangkan ia.
  4. Kemudian boleh taburkan serbuk cili, ikut suka tahap kepedasan masing-masing.

Baca juga: Rupanya kena masukkan 1 bahan ni, barulah ikan celup tepung rangup!