Setiap makanan atau organ dalaman haiwan perlu dibersihkan sebetulnya sebelum dijual kepada pelanggan.
Namun ada juga individu sengaja membasuh organ dalam secara sambil lewa, akhirnya yang terkena adalah pelanggan sendiri.
Menerusi satu perkongsian di X, pengguna tersebut tidak menyangka sup yang dibeli pada harga RM20 sebenarnya tidak dicuci dengan bersih.
“Pembelian sup perut RM20. Kedai ini dikatakan sedap oleh ramai orang. Jadi, saya pun mencuba untuk membelinya dan membawa pulang.
“Saat hendak memanaskan sup tersebut, tercium bau tidak menyenangkan, rupanya ada dua ketul perut yang penuh dengan kotoran.
“Saya terus menghubungi peniaga, dan dia mengatakan bahawa itu adalah lemak dalam perut. Seolah-olah kita tidak dapat membezakan antara lemak dan kotoran,” tulisnya di X.
Alasan diberikan peniaga tersebut dilihat tidak munasabah dan dikritik warganet.
“Tak mungkin orang susah nak bezakan tahi dengan lemak. Perut memang kena bersih dan direbus dengan berbagai bahan untuk hilangkan bau.
“Tengok gambar pun dahu tahu bau yang dimaksudkan. Bau tu tercium sampai ke sini.”
“Sebagai seorang peniaga, ya ada yang meremehkan perkara kebersihan. Sama ada terlepas pandang atau tidak mementingkan pembersihan dengan serius,” antara komen warganet.
Seharusnya peniaga tidak sambil lewa dalam isu kebersihan kerana kes keracunan makanan adalah serius.
Baca juga: Dijamin lazat hingga menjilat jari, ini resepi Sambal Tempoyak Goreng versi ‘express’