Patutlah maju, terpegun tengok kualiti perbahasan parlimen Singapura, jauh dengan Malaysia

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kualiti perbahasan di parlimen Singapura hari ini menjadi tular semula di media sosial. Maka tidak hairanlah ekonomi negara mereka jauh ke depan berbanding kita.

Perbahasan yang ditampilkan oleh Ahli Parlimen dari Singapura iaitu Tan Wu Meng sudah cukup mencerminkan wajah sesebuah negara yang maju.

Menerusi ucapan tersebut, Wu Meng menyentuh mengenai kepentingan untuk Kerajaan Singapura menyediakan rakyatnya berdepan dengan cabaran kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ia termasuk dengan menyediakan subsidi kepada individu berusia 40 tahun dan ke atas bagi melanjutkan pengajian diploma di pengajian tinggi untuk menguasai kemahiran baharu.

“Inilah yang dibincangkan oleh jiran kita, ahli Parlimen Singapura.

“Berbeza dengan ahli parlimen kita dipilih dan membincangkan mengenai Bak Kut Teh dan ‘siapa, apa dan bagaimana’ menghina institusi Diraja,” dakwa AlawiyahYussof yang memuat naik video berkenaan di platform X.

Perkongsian di X itu mendapat komen yang aktif daripada warganet yang rata-ratanya turut bersetuju dengan perbezaan ketara kualiti perbahasan antara ahli Parlimen di Malaysia dan Singapura.

AAronfridays menulis, “Rakyat Singapura memberi tumpuan kepada apa yang mereka mahu capai untuk rakyat mereka. Sedangkan ahli politik di Malaysia menumpukan perhatian untuk mengganggu satu sama lain untuk kepentingan diri sendiri. Mungkin mereka perlu menjadi lebih matang,” kata

“Politik Malaysia masih terperangkap dengan 3R, dan belum mula berbincang mengenai topik yang progresif, berpandangan ke hadapan dan bertujuan untuk menaikkan taraf hidup rakyat ke arah masa depan,” kata kkholimi.

“Politik matang bercakap tentang dasar, kebaikan negara dan memartabatkan masyarakat yang ditinggalkan. Politik kita dipenuhi dengan sekumpulan ‘badut’ dari kedua-dua belah pihak!” komen seorang netizen lagi.

Wchian pula menulis, “Sebab itu nilai 1 dolar Singapura bersamaan 3.53 ringgit hari ini. Ahli politik kita masih dalam perdebatan hangat mengenai isu kaum dan agama yang tidak berkesudahan,”

baca: Tak kisah dipanggil ‘duda hot’, Hisyam Hamid nak fokus dengan anak dan ibu sahaja